Thursday, March 15, 2012

SABAR SYUKUR IKHLAS


sejujurnya aku bukan penyabar. jauh sekali untuk bersabar. sekurang-kurangnya aku cuba. cuba untuk belajar bersabar dan lebih bertenang. aku tampal dalam hati SABAR SYUKUR DAN IKHLAS.

sesekali aku pun tewas. bukan sesekali, tapi kerap kali aku masih lagi tewas. emosi, amarah, semuanya menjadi satu untuk satu ketika. memang aku cuba untuk melawan. cuba untuk bertenang, namun aku tewas lagi dengan hasutan syaiton.entah yang keberapa kali untuk tahun ini. 

dalam doa aku selalu memohon supaya diberi ketenangan hati, sabar dalam menghadapi segala situasi. 
malam aku menagis. sendu cuma dalam hati, air matanya aku tidak pasti. yang aku pasti, setiap hari aku bergelumang dengan satu emosi yang sukar ditafsikan minda, sukar ditafsirkan sesiapa pun. cuma aku yang punya rasa. 

Ya Allah! ku memohon sesungguh sungguhnya, berikanlah aku ketabahan hati, ingatkan lah aku supaya sentiasa bersyukur atas nikmat Mu. ikhlaskan lah hati ku dalam setiap perbuatan. aku hamba Mu yang cukup lemah. sungguh aku merayu! jauhkan aku dari sifat yang dihina Mu.


No comments :