Wednesday, March 14, 2012

Semusim Biar Berlalu


melihat pada keadaan sekeliling, aku baru percaya seminit kelmarin, usia bukan terletak pada angka sahaja..
penghabis bicara pada usia, aku cume boleh andaikan...usia aku masih muda, tanpa segan silu.

untuk kesebelas kali aku menconggak angka yang mana mungkin boleh berubah untuk tahun ni...
andai boleh diundur masa lalu, aku ingin kembali ke zaman kanak-kanak yang entah tidak pernah kenal ape itu kasanova, materialistik. yang tahu cuma gula kapas dan buih sabun.

bermain teng-teng hingga ke senja. sehingga dikunci emak dari luar, akibat main tak ingat dunia..ahh lucu! kenangan zaman budak aku paling gila. optimis!

aku masih ingat seorang teman baik..seperti adik beradik yang belum tentu kau juga ada seperti aku..
kami duduk bersama dalam kelas dibarisan hadapan, dalam makmal dibarisan hadapan, masa makan di kantin juga kami bersama..sehingga dewasa kami masih bergelak tawa bersama, dalam bas, dalam kereta, dalam rumah orang, dalam rumah cikgu pun iya..


masih lagi jelas , masa kami sama-sama mula mencari kerja...hanya berbekal beberapa ringgit, kami nekad ke JB..kene tipu itu lumrah. kene kencing itu juga bahan kami ketawa...sudah tentu kami bahagia. tipu.


ahh..sekejap aku teringat, indahnya zaman mengenal PANDAI selepas BODOH..mengenal DENGAR selepas PEKAK..semua dilakukan bersama, jika aku PANDAI maka dia la BODOH jika dia DENGAR aku PEKAK begitu juga sebaliknya...


mungkin sekarang dia sedang mengira detik..detik untuk disatukan bersama pasangannya...mungkin atau pasti selepas ini keadaan sudah berbeza...aku mana boleh duduk disebelahnya lagi, bergurau hingga tertanggal pusat, mana mungkin dapat beriringan mesra minum milo satu straw..kongsi berus gigi dibilik hotel yang lama...ahh~ *hembus lajuu~






No comments :