Tuesday, November 19, 2013

KECOH VILLA NABILAH

hai,

semalam ingat nak story pasal kes budak hilang dekat Villa Nabila tu. tapi aku belom kaji lagi sebab musabab sebeno budak tu hilang. ade yang kate kene sorok dengan antu tetek la antu nabilah la aku pon tak pasti. oleh sebab aku baruuuu je abes tengok citer Highland Tower tu, jadi aku pon rasakan kes ini ade perkaitan gituww. so, aku pon nak siasat la jugak kat Villa tu. aku memang suke bz bodi bab-bab tahayol/mistik/paranormal ni. hahahaaha


tup-tup hari ni keluar berita pasal budak tu dah di jumpai. al kisah tidur rumah kawan die. hoii buang masa aku je beli camera video yang tahap boleh nampak antu tu. tetibe terbantut nak jadi macam paranormal yang lain tu, aku nak jugak keluar paper, nak jadi cover girl kat Dara.com tu *tetibe aku kene sampuk ke ape ni. kau boleh pulak tido rumah kawan kau sedangkan dekat Danga tu jam die ya rabb punyalah disaster punya jam sebab semua orang nak p Villa tu kau tahu!. budak ni aku sepak bontot die bagos!


dah la semalam aku spend time untuk tengok buliten utama semata-mata nak tengok berita pasal kau. kau ingat aku suka la tengok berita-berita ni, baik aku buat taik mate lagi bagus!. aku tengok ostat pon ade kat tempat kejadian. entah ostat tu dah azan 10 kali dengan bacaan-bacaan abes se kitab, sedang kau berselang lenang makan megi cup kat rumah. cis! dua kali cis aku bagi!


pasal kau jugak malam tadi aku mengingau-ngigau kene kejar dek zomba a.k.a zombi. semua kawan-kawan aku jadi zomba lepas makan popia basah kau tahu!. nampak takkkkk kes ni mengganggu idop aku.


cis!



No comments :