Wednesday, January 22, 2014

BUTUH WAKTU. BUTUH RUANG.

hye.


kawan aku kata hidup kita ni memang tak boleh lari dari MEMBUAT PILIHAN. ya betul. aku banyak membetulkan kata-kata kawan aku yang mana aku rasakan kata-kata tersebut sangat tepat untuk di terima dek akal.


masalah aku dari dulu sampai sekarang. aku mahlok yang paling susah nak membuat pilihan. dari hal sekecil-kecil zarah sampai lah sebesar gajah di hutan. aku suka refer pada kawan-kawan aku. suka tanya pendapat mereka. lagi tambah pening bila sohabat-sohabat kita tu pulak sorang cons, sorang pro. tetap jugak aku yang kene buat keputusan/pilihan sendiri. yela kalau A kate ok. B kate tak ok. ko nak dengo kate sape?. aku ni bukan boleh dengo kate. dah la tak dengo kate, tapi sibuk nak mintak pandangan orang. manusia tahap kronik kau ni azi.


aku selalu berada di tengah-tengah antara ok dengan tak ok. contoh, mase belajar dulu sem 5, aku dapat pointer 3.48. ape lah salahnye lec bagi terus 3.5 tak gitu?. betapa merana hati aku mase tu rase nak bagi ubat cirit birit kat lec yang terbabit. hahaha. aku pernah dapat nombo 2 masa tingkatan 2 dulu. apelah salah cikgu bagi terus nombo 1?. perenggan ni, macam tak kene dengan konsep cerita sebenar. :p


yang sebenarnya aku nak cakap. aku perlu buat keputusan yang SANGAT BESAR dalam hidup aku. hoii melibatkan maruah keluarga, ekonomi negara dan bajet 2015 akan datang. besar punya skop penglibatan yang tersebut. :p


macam yang aku cakap tadi, dan sebelum ni pon ade cakap. aku paling susah nak membuat pilihan. aku tak boleh di beri pilihan. kenapa hidup ini perlu banyak pilihan? kenape mase pekse geografi dulu banyak pilihan jawapan dari A B C D kenape perlu begitu banyak pilihan jawapan?. kenapa pekse lesen dulu pon camtu, tu lagi kejam keputusan terus dapat bila tekan HANTAR. aku lebih suka baca buku soal-menyoal berserta jawapan terus. tapi AZII! hidup tidak segampang itu!. mane ade manusia tak berusaha TERUS BERJAYA!



aduh..


aku butuh waktu, aku butuh ruang!


No comments :