Tuesday, January 28, 2014

RESEPI : COTTAGE PIE

hello..

kongsi lagi resepi. pasal macam takde bende sangat nak update pasal life. :p kikikii


hi-tea kita cottage pie. meh la cuba resepi aku ni, jenuh study resepi dari jamie oliver, martha stewart, cik epal, si datin etc maka terhasil la resepi sendiri gitu.... hehee. aku bet resepi aku ni paling senang. kahkahkah mendabik dade fulakk. keji tau!


COTTAGE PIE

lapisan 1 kentang lecek
lapisan 2 sos ayam
lapisan 3 kentang lecek


BAHAN 

sos prego tomato
sos cili
daging ayam kisar
cendawan butang
bawang besar dan bawang putih
buttercup
susu segar
kentang 9 biji (besar, kalau kecik-kecik 15 biji ke sekilo terus senang. hehe)

CARA MELENYEK KENTANG


1. kentang di potong dadu. rebus sampai kentang lembut. toskan air rebusan dengan menggunakan tapis. kemudian letak balik dalam periuk, hidupkan api dapur paling kecik /api tengah. hancurkan kentang.



ha macam ni. paham?

tujuan kita mash kan kentang ni dalam periuk panas sebab, kita nak adunan kentang tu kering betul. :?

2. kentang dah lumat masukan 3 sudu besar butter dan 4 sudu besar susu segar. gaul rata. tutup api.


CARA UNTUK BUAT SOS AYAM


1. tumis bawang besar dan bawang putih. dah naik bau, masuk daging ayam kisar. tunggu sampai warna bertukar menjadi putih. tu tandanya dah masak. air yang keluar dari daging ayam kisar tu pon dah kering.


2. masukkan sos prego, dan 3 sudu besar sos cili. kemudian, masuk sekali cendawan butang dan sedikit garam.
sos prego ni kalau nak beli yang sos cendawan pon ok je sebab dalam sos ni ade serpihan-serpihan cendawan/tomato. *serpihan?? tetibe lupe perkataan yang sesuai tu*


cendawan butang yang dalam tin tu potong bulat-bulat cengini. omei ngat! :p


3. tunggu sos ni kering sikit. lepastu rasa! kot-kot kurang masin, masam, manis, pedas. boleh la tambah ikut lidah memasing. :)


4. lapisan pertama, letak sikit adunan kentang lecek tadi. 


5. lapisan kedua, letak semua sekali sos ayam yang kite dah peluh-peluh masak tu.


6. lapisan ketiga, kentang lecek. 
kalau korang nak kentang ni lagi lumat pakai je mixer or blander lumat lah ia. kalau nak lagi lembut boleh tambah susu segar lebih sikit nanti adunan tu macam suci je.
aku suke kasar-kasar sikit........ *sebnonye malas :p


7. siap bakar!!. 

bahagian atas tu kalau nak kaler kuning-kuning sikit sapukan kuning telur.

bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 20-30 minit. 


adalah rupa garisan buku muzik ek. :x


macam ni la rupa bahagian dalam. texture cottage pie memang macam ni. lembut luar dalam. sebab kita bukan pakai pastry pie crust tu. :)) 


zoom sikit.





ok. 
selamat mencuba~



2 comments :

princess said...

tak perlu tabur cheese ka lapisan ats?

princess said...

tak perlu tabur cheese ka lapisan ats?