Tuesday, April 22, 2014

RESEPI : ROTI SOSEJ

hai, hello...


ahad lepas aku ade pojek baikk punya.... 



bukan pojek mencicah jambu batu bersama kuah rojak mak bee. :)) nyumm nyummm....


tapi pojek buat roti sosej. ibu aku tetibe teringin. aku tak boleh kalau orang teringin-teringin ni. laju je tangan nak buat. nak-nak ibu kiter kan. dulu mase aku sekolah, aku teringin nak pakai baju snow white!. pastu ibu aku bagi tau. bagi penampo sekor. ko dah kenape nak pergi skul pakai baju snow white. memang mendapat la kann.. huahuahuaaa. penceritaan yang tiada kaitan.


aku jamin, resepi aku ni paling senang dalam dunia. ko malas-malas pon tetibe boleh terajin. gituww. 


bagi pasangan pengantin baru, pengantin lame keww, boleh cuba buat minum petang nanti. laki ko balik rumah, hidangkan roti sosej bersama kopi kapal api, jangan lupa bilang sama laki ko, ini resepi aku yang punya. kahkahkahh



ko tengok bahan-bahan die. kemain senang di perolehi. :))

pilihan sosej tu, terpulang lah pada tekak korang. yang aku guna ni, sosej ayam madu.

togel kan roti rupa gitu. tepi-tepi roti tu jangan buang, simpan buat cicah dengan air milo. sekarang barang semua dah naik harga. so, jangan membazir. makan selagi boleh di buat makan. ibu aku cakap.

telor 2 biji sudah memadai.




senang je nak bungkus sosej dalam roti ni. korang mesti boleh imagine kan. seperti gambar di atas, hasil kerja tangan cek Nab kiter la tu. kalau aku buat lawaaaa sikit kelim nye. bajet!

memula, belah sosej kepada 2 bahagian. ambil satu bahagian tu letak atas roti yang telah di leyek kan. make sure kasi lenyek bebetol. kalau tak nanti menyerap minyak. 

kemudian ambil garpu. tekan keliling roti dengan garpu. 

ha, senang bukan! kalau nak lagi rare, ko letak cheese dalam roti tu. perghhhh meleleh-lelehhh! 



dalam bekas, pecahkan telur. letak garam sikit. gaul rata. celup roti sosej tadi dalam telur, kemudian goreng dalam minyak yang panas. SIAP!


dicicah bersama sos kimball thai + mayo + kewpie pon sedap + thousand island?? ponn rare jugak. :))



senangggggg sangattt. menangis Mak Mentua ko tengokk! haha


selamat mencuba!



No comments :