Friday, October 3, 2014

20 RANDOM FACT ABOUT ME.


Hi hello..

Kite nak jawab 'tag' kat sini. Haha. tak dan nak menaip pakai keypad phone.

aku seorang yang sukar di mergerti bak kata Dato Dr Fadhilah Kamsah. Baik dari kalangan sohabat mahupun keluarga. Perangai yang berubah-ubah. Kejap ok kejap ko. Dalam sehari ade 130 mood. 200 jenis senyuman. 200 jenis renungan. 100 jenis nada suara. amboiii..

Fatin, kak aji mu dah jawab 'tag' ko. Harap berpuas hati. :p

  1. Suka tengok tv sampai pagi. Especially citer omputeh.
  2. Very independent person. Mentabah dan cekal selain berhati kering.
  3. Benci dengan citer yang di adaptasi dari novel. Paling benci. Bagi aku novel is novel. Tolong jangan hancurkan mood novel aku boleh?. lagi satu boleh tak drama melayu jangan nak kejap-kejap kawen paksa. kawen kontrak. kawen rela terpaksa. terpaksa aku rela la ape la. sekali sekala keluar tak pe. ni idok. tiap petang...tu je la citer engko. thats the reason why i hate drama melayu. matila aku kene keji. :p
  4. Suka masak.
  5. Suka paksa orang puji masakan ittew. :p
  6. Mengaku diri kretif tapi sebenarnya cerewet ya Rabbi!
  7. Tak suka basuh baju lipat baju gosok baju semua yang berkaitan dengan dengan baju tak suka buat. Tapi terpaksa buat. Kalau tak sape nak buat?
  8. Tak suka sesuatu perkara/bende dan lain-lain yang sama. Kene ade 2 jenis pencuci muka. 2 jenis ubat gigi. 2 jenis sabun mandi. 2 jenis syampoo. 2 helai selimut. 4 biji bantal berbagai saiz. Dan lain-lain.
  9. Mengigau bila tidur. Tak kira tido siang ke malam. Tidur kat bilik ke kat kereta ke bas ke. Ngigau kuat!. Kalau time demam lagi dasyat siap merengek macam budak kecik pastu tidur bejalan!
  10. Status kesihatan gigi adalah A! Sangat menjaga kesihatan gigi. sebab takot gigi rosak. Setahun sekali mesti cek+cuci gigi kat Klinik Gigi Yang simpang renggam. Dulu kat poli sanggup pegi jassin untuk cuci gigi lenjan naik motor. paah bawak kita mase tu. Semoga Allah panjangkan umur paah. J
  11. Masalah perut. Hahaa.
  12. Berkehendak dagu runcing umie aida dari jaman sekolah. tapi Alhamdulillah syukur Allah bagi dagu lekok yang tak semua orang dapat.
  13. Mood yang berubah-ubah. Sukar di mengerti.
  14. Kalau berkawan dengan lelaki suka letak syarat “no borak-borak by phone tengah-tengah malam sampai pagi, masej every second etc” sorila I bukan spesis melekat dengan phone.
  15. Tak suka sayur togeh! Kalau nak beli popia Tanya dulu dalam ade apa pakcik?
  16. Suka makan megi kari kering-kering
  17. Suka cari pasal dengan femly – sakat dorang sampai dorang fed-up. :p
  18. Bersifat tegas! Bukan garang tapi kejam. hahahaha
  19. Suka paksa ibu atau orang lain ikut kehendak aku. Wahh ni dah macam perangai-perangai vuruk.
  20. tersangat punctual! Tak suka menunggu dan di tunggu. bukan seorang yang penyabar.
  21. Bersiap pantas. 
  22. Buat kerja pantas. Tak suka tangguh kerja.
  23. Semua bende kalau boleh nak disiapkan dengan pantas.
  24. Jalan laju. Pernah dulu mase sekolah kene pegang bunga manggor beriringan dengan YB. I dah sampai dewan. YB berkedek-kedek lagi kat belakang. Sebab tu dalam majalah sekolah takde muka aku. Kecewa!.
  25. Tak boleh berkawad kaki. Sebab lambat. I jalan laju. Kalau jalan slow nanti kaki aku gigil. Jadi cikgu suruh aku pengang sepanduk je. Persatuan PBSM masetu. Jadi aku jalan dulu. Sekali toleh belakang skuad jauh ketinggalan. Apa punya manusia aku ni?
  26. Tak aktif dalam besukan. Jalan laju sekali bila masuk lumba lari- Kecundang. Masuk sukan jalan kaki- Kecundang. Lompat jauh - Kecundang. Lontar peluru - Kecundang. Semua sukan kecundang. Tapi main badminton boleh di katakan terel. :p
  27. Takde cita-cita. Masuk kelas akaun, belajar accounting. Kerja lain bidang. sebab tiru kakak. :p why?? Baru sedar akan perkara ni.
  28. Hobi paling keji. Kumpul plastic jajan dari darjah 5 sampai tingkatan 5. Balik sogame mesti beli jajan appolo dengan Barbie yang ade brang misteri dalam tu.
  29. Selalu argue dengan femly kenapa lepat/talam cendol kaler putih?
  30. Kedekut dengan diri sendiri. Pikir banyak kali sebelum keluar duit. Kalau bende tak penting tak payah beli. Kalau bende tu penting akan pikir nam ratus kali seriously penting??? Well said budak acct mmg cemtu. :p
  31.  

Eh dah 30???

Lajunye aku menahepppp!! Hah kan aku dah cakap aku ni semua bende laju. Cepat. Pantas. 

Ampunnnnn…





 and last but not least, i'm the hulk who wants to be cute! ahahaha

kbai.

No comments :