Sunday, October 26, 2014

PENGALAMAN BERTEMU PERAGUT!

Hey hello..


Tajuk memang ngeri la. Ni pengalaman aku sendiri. Kisahnya pada 3 bulan lepas. Dan ianya masih lagi segar dalam pale hotak aku ni. Masih jelas takkan lupa sampai bila-bila tau.

Kejadiannya berlaku di Taman Molek, Johor. Aku cembiasa ar lalu jalan ni, sebab (simpang 4 trafic light depan petronas) ni la antara jalan aku balik rumah. Dan aku memang faham benar Taman Molek ni hebat dengan kes ragut, rompak semua tu. Ko banyangkan la, pencuri boleh curi aircond sebeso tidak tu naik moto je. Hebat tak hebat?

Aku ada terperasan satu video yang di post dalam fb oh media. Kes ragut. Makcik cina kot. makan kat kedai makan kaki lima, beg die letak la kat riba. Tengah makan peragut datang rentap beg makcik tu. Makcik tu terikut la sekali sampai jatuh longkang wei. Begitu terdesak dan berani sekali peragut taman molek ni. Aku tak sure la die orang taman tu ke tak. Aku rasa memang tidok la. Sebab taman molek ni kawasan elite. Mungkin orang luar la. Ekceli banyak dah kes ragut kat taman molek ni aku dengar.

Dengan jujurnya, aku memang berhati-hati dengan motor. Satu sebab penunggang motor ni suka suki nak meluru tetibe. Laju. Pastu suka horn tak bertempat. Kat jb ni memang ramai gila penunggang motor. Sebab kebanyakkannya pergi kerja kat singapore naik motor. Kalau ko pergi kat CIQ tu nampak moto bayak gila babeng macam sekawan lombo tunggu untuk berlepas masuk ke singapura. Memang ramai gila la. Jalan aku pergi kerja memang laluan nak ke singapura. So that aku memang hati-hati dengan motor ni. Sebab kedua hati-hati dengan motor is peragut. Peragut kebanyakkannya naik motor kan.

Tiap kali berhenti kan trafic light/membelok memang mata aku kerap sangat-sangat-sangat tengok 2 cermin sisi dengan cermin pandang belakang tu. Kerap sangat aku tengok. Takde la kat trafic light tu nak layan henfon la, layan perosaan la. Memang idok ya. Kebetulannya hari tu aku balik ikut jalan lain. Aku pergi kerja jarang ikut laluan B. Sebab laluan B ni maha dasyat jem nye. So ikut je jalan A. Tapi kalau balik memang banyak jalan. Tiap hari balik memang akan ikut jalan A B C D. Tukar-tukar. Aku sebaik mungkin cuba elak kecelakaan macam kes ragut ni. Memang aku takut gila.

Yang sebenarnya aku memang dah syak ada satu motor macam sesuatu sangat. Masa tu kat trafic light pertama. Motor tu depan aku. Cara die perati tu macam. Ehh kau ni kenapa?. Then, aku tak jadi terus, yang sepatutnya jalan tu memang untuk terus tapi aku belok kiri. Slow. Pintu memang dah lock la. Beg memang aku dah lama biasakan letak kat kaki atau kat bonet. Sampai kat trafic light kedua. Aku rasa macam ok la takda pape yang was-was. Motor yang lalu sebelah aku semua tak menunjukkan keraguan. Lepas motor ketiga lalu, aku ok. Sampai motor keempat dari jauh aku perasan memang sesuatu. Berpandukan cermin pandang belakang dengan cermin sisi belah kiri. Motor tu slow. Slow. Slow. Slow. Berhenti kat belakang kereta aku. Belakang kereta aku tu kereta myvi putih lelaki yang drive kereta tu sebab aku nampak die merokok bukak tingkap.

Bende yang jadi ni memang laju gila aku cakap dengan kau. Cuma aku di beri peluang oleh Allah untuk lihat sendiri bende ni berlaku. Ade dua orang kat motor tu. Bila die stop kat belakang kereta aku. Aku perati pehal pulak motor ni, eksiden ke. Lepastu, sekejapan member belakang (pembonceng) tu laju turun jalan, bongkok slow-slow  jalan kat tepi kereta. Aku perati lagi kat cermin sisi belah kiri. Memang sesuatu. Sampai la kat pintu penumpang belah depan, die rentap hendal pintu kereta aku tu. Aku terperajat sebab tengok muka die dengan helmet tutup muka tetibe muncul. Omak kau dah mase tu. Terperajat! kedua die rentap pintu kereta tu. Aku ya secara otometik tekan hornnnnnnnnn panjang. Dengan tidak sengaja tekan horn. Yang penunggang tu dah stanby kat depan kereta aku. Member die turun die terus kedepan dengan harapan lepas ragut/rompak aku terus naik motor cabot. Eeeee gigil tangan aku mase trobek cerita ni. Yang aku cerita ni edisi slow dan cerita satu persatu sebab memang aku nampak jelas dengan mata aku sendiri bende ni jadi. Cuba bayangkan bende ni berlaku kurang daripada 10 saat!. Sangat cepat!.

Dah lepas 2 ekor monyet tu cabut, die u-turn kat sebelah aku. Means sebelah jalan. Sambil member yang cuba ragut aku tu tengok aku. Aku pon tengok die. Tengok sungguh-sungguh. Dengan muka penuh kebencian aku tengok 2 ekor minatang tu. Mase tu aku tak sedor lagi yang aku ni kene ragut. Macam blur. Macam aku nak marah, macam nak keluar dari kereta nak hayun sterenglock tu kat dorang. Wahh pompuan berani belagak lobih. Haha.

Tapi aku memang tak nampaklah muka die. Sebab die pakai helmet yang tutup muka tu. Pakaian die memang smart gila aku cakap dengan ko. Macam orang baru balik kerja office. Memang tu strategi dorang tau. Pakai smart nak mati, rupa nak meragut. Orang sebuk balik kerja ko pon sebok balik kerja jugak. Cih poodah. Orangnya tinggi, kulit kuning langsat dan paling sure ianya melayu!. Pakai kasut ko. Bukan selipo bukan terompah. Seluar slack. Bukan jeans lusuh jeans koyak rabak tu bukan ya. Penampilan memang first class!. Sempat jugak aku kenal pasti jenis motor, susuk tubuh, Cuma moto tu takda nombo. Tu yang aku kecewa.

Lepas motor tu blah dari pandangan aku. Tak semena-mena kaki aku gigil. Selang beberapa saat lampu dah hijo. Aku tak sure orang sebelah 3 lorong tu yang padat dengan kereta tu perasan tak. Perasan la kot. tak kan tak perasan. Aku kecewa gak macam takde sape yang keluar bagi bantuan. Padahal aku tekan horn panjang wei. Aku pon buat andaian. Satu, mungkin dorang pon tak berani nak tolong. Dua, dorang dah biasa tengok tapi buat-buat tak paham. Ha yang ni bangsa malas nak ambil kisah. Tiga, orang belakang kereta aku tu pon sama komplot dengan peragut moto tu. Sebab myvi tu dok follow aku setat dari aku masuk simpang ponderosa tu. Slow laju sebelah aku. Memula aku tak syak pape, bila di flashback berulang kali aku rasa myvi tu ade kaitan. Masakan die tak perasan moto tu berhenti depan die? Jalan slow terbongkok-bongkok sebelah kereta aku. Tak perasan ke? Kan die tengah merokok masetu. Ish macam-macam andaian aku pikir.. nak salahkan orang sekeliling yang kurang alert. Untuk pengetahuan semua ada 3 lorong ok. Semua lorong penuh kereta bebaris panjang. Tak sorang pon nak keluar masa kejadian. Aku sedapkan hati cakap je dorang tak perasan atau tak sempat sebab masa tu lampu dah hampir nak ijo. Emm.

Lepas lampu hijau memang kaki ni tak mampu nak tekan minyak. Macam tersengguk jugala memula jalan. Macam baru belajar bawak kereta. Dalam kepala macam-macam pikir. Yang aku pikir. Nak buat report nak p balai polis kat johor jaya. Dan yang kedua aku taknak balik rumah sewa. Aku rasa tak selamat. Mane la tahu penduduk kat rumah flet tu punya kerja kan? Mampu lagi fikir waras aku masetu tau.

Keputusannya balik rumah mokde. Rumah mokde kat kawasan taman. Selalu petang-petang ramai akak-akak beborak depan rumah. So pergi je uma mokde. Sampai je depan rumah mokde. Lame aku duk dalam kereta tak keluar-keluar. Sebab aku gigil. Takot. Trauma. Macam macam perasaan lagi.
Masuk rumah mokde, aku terus panggil  mokde. Mokde aku macam kalut la jugak la. Tapi tak la aku gelabah. Aku Cuma terpanggil mokde tu terkuat. Hehe. Lepas masuk. Aku soh mokde kunci pintu. Mokde aku dah pelik. Budak ni kenapa. Lepas aku cool. Lepas aku rilek. Nampak muka mode. Aku cerita. “mokde tadi kita nak kena ragut”. Mokde aku terus terbeliak bijik mate. Terus tanya kat mana, macam mana, kau macam mana semua banyak soklan. Hehee

Slow-slow aku cerita. Mokde aku lega. Kau bernasib baik!. Aku pon pikir aku bernasib baik. Sebab lampu trafic dah nak hijao. Kalau lambat lagi memang kene pecah kot cermin kereta aku di ugut pakai pisau ke ape. Eiiiii gigit jari bila di kenangkan. Syukur ya Allah. Cuma aku tak keruan gelodak jiwa ni ya Allah Allah ye yang tahu. Tengok muka memang la macam berangni je pompuan ni, tapi gelodak jiwa, gelabah jiwa, sakit jiwa gigil jiwa ni tuhan je yang tahu. Aku pon tak tahu macam mana aku ade keberanian untuk tengok muka peragut tu. Siap boleh gambarkan fizikal, warna pakian, kasut apa die pakai. Memang Allah dan Malaikat ada bersama aku masa tu untuk beri aku kekuatan. Aku terus on wassap bagitahu kat grup femly. Aku tak berani nak balik rumah sewa. Aku call Su suruh ambil aku kat rumah mokde. Su pon otw balik kerja masa tu. Su sampai je terus ikut die suruh buat report. Polis yang bertugas masa tu cakap kawasan tu memang hot. Selalu polis ada buat rondaan. Cuma mungkin masa yang aku terkena polis takda. Pernah dorang kejar peragut sampai kongkong, jb. Punya jauh. Dapat je belasah dulu kat situ, sampai lokap belasah lagi. Haha. Pegawai polis tu ada kasi nombor telefon kereta peronda. Kot-kot ade perkara yang musykil je boleh contact terus. Nanti die siasat. Em.. lega dah sikit hati bile dah buat report. Aku siap tanya macam-macam. Aku tanya macam mana kalau peragut tu datang ruma sewa pecahkan kereta? Lagi macam-macam la adegan filem omputeh bermain dalam pala aku masetu. Haha banyak tengok movie cemni la.

Seminggu aku kecut perut nak drive kereta. Seminggu aku pergi kerja tak bawak apa-apa beg. Dengan jujurnya aku mengaku selit ic, lesen, duit RM20 je bawak simpan kat tempat rahsia kat anggota badan ni. Jalan lenggang lenggok je pergi opis. Seminggu lepas tu aku rasa leceh. Sebab aku terpakse pengang henfon, kotak cermin mata dan kunci opis kunci kereta, nota lagi. Banyak no bende kene pengang. Lepastu aku bawak beg silang kecik senonet muat-muat barang. Lepas 3 minggu aku berani balik bawak handbag. Barang yang di bawak ni banyak wei. Orang pompuan memang tak sah kalau handbag tu tak berat. 5 kilo bag ko!. kate ibu aku! :p

Trauma dengan jalan tu satu hal jugak. Asal nampak motor die punya gelabah, huru hara dalam jiwa ni tuhan je yang tahu. Tapi aku pandai belakon. Muka kene gangster baru hebat. Haha. Eh lupa nak beritahu. Esoknya lepas kes tu, aku round keliling blok ruma sewa aku konon nak cari motor yang cuba meragut aku tu.kot-kot la orang flet kan. Sebab polis pon beritahu flet tempat aku duduk ni sarang macam-macam kes. Hahaa lepastu kene marah dengan ibu. Sebab terlalu berani nak bertindak sendiri. Eee aku tokleh la sampai sekarang aku sakit benor hati ni kalau ingatkan muke peragut tu. Walaupun tak nampak muka. Aku tetap aishhh ase nak tonjol je pale hotak die. Ko ni ade hotak ke tak hotak. Malu aku selaku pemegang status bangsa yang sama.

Ade sekali aku cuba ambil gambar penunggang dan pembonceng moto yang aku rasakan sesuatu. Ehhh entah mana aku dapat darah keberanian ni ye. Aku macam berani. Lepastu kang kejap kecut perut. Bile dah buat rase kecut perut pulak. Takot orang tu perasan. Eeee. Nampak tak diri sendiri pun susah nak mengerti diri sendiri. Acaner tu.

Sampai sekarang rasa gerun tu masih ada. Asal moto lalu kat sebelah je aku jadi phobia. Eee. Oleh kerana satu moto buat hal, maka semua rider aku letak kemusykilan tu. Eee.

Nasihat aku. Perempuan sila la peka dengan keadaan sekeliling. Kita perempuan ni bila sorang je yang ada dalam kereta risiko untuk jadi mangsa ragut/rompak tu tinggi. Waspada. Kenal pasti atau letak syak wasangka dengan pemandu lain. Dunia kini macam-macam hal. Aneh-aneh!. Aku dah cuba yang terbaik untuk elak diri jadi mangsa. Tak sangka aku terkena jugak aritu. Syukur ya Allah takda ape yang berlaku pada diri aku. Ingat ibu abah je dah mase tu. Paling ngeri untuk di bayangkan ialah MATI. Semua orang pon takot mati. Takot mati tapi tak takut buat dosa. Cemana tu. Insaf~
Semoga pengalaman yang aku kongsikan ini dapat jadikan pengajaran untuk semua. Sesaat kita leka, kita jadi mangsa!. Aku risau kita yang perempuan ni. Seriau bila pikir pempuan banyak jadi mangsa kes bukan-bukan. rogol, ragut, bunuh, dah la kene rogol kene bunuh kene bakar. Hoii kenapa ada manusia yang sebegitu kejam?. Insaf~

Terima kasih sebab sudi baca cerita yang panjang lebar! Kalau kat dalam m.word 3 ½ muka surat. Lame dah sebenarnya aku nak kongsikan cerita ni. Semoga bermanfaat!

bai



No comments :