Saturday, November 29, 2014

GOOGLE KATE KANSER.


hey. hello..


bulan november ni bulan yang tough, sehinggakan saraf-saraf aku sering menunjukan perkara-perkara aneh lagi menghairankan. Antaranya.

1. Jari kelingking bergerak sendiri keatas ke bawah kekiri kekanan. – peliks
2. Otot peha ku tetibe je begego sendiri. Macam ikan keli kene sembelih tapi still begerak-gerak. – aneh
3. Ibu jari kaki kiri secara memvavi buta lenguh-lenguh. – hairan.
4. bila tidur malam, kerap kena simpul biawak ke buaya gitu la. hoii orang noreh getah pon tak macam aku punya nerakah dunia.

Walau hairan dengan tingkah laku tersebut, aku tak pergi cek kat spital pon. Aku anggap bende ni normal untuk gadis seperti ku. Muntah!. Oleh sebab bende ni kerap berlaku, maka....

Aku pon mengambil keputusan untuk buat medical checkup. Tak jauh. Dalam google je. Aku pasti ramai doktor-doktor pakar disitu sudi membantu.

Aku pon taip la. “kenapa ibu jari kaki saya sakit secara tiba-tiba

Nah kau begitu ramai ya 'doktor' nak jawab persoalan aku tu. 'Doktor' petama kata. Aku mungkin terkene buatan orang. Kalau ibu jari kaki kiri sakit berdenyut-denyut maknanya ada orang hantar 'bende' bla bla bla bla. Sampai la kepada 'doktor' yang ke doploh, beliau sahkan aku ade kanser saraf. Vodo je. Ke aku yang vodo. Terus tutup laptop. P ngoji. 

kau orang pernah tak jadi macam aku. nak selidik punya selidik dalam google pasal perkara aneh yang berlaku atas body kau... sampai satu tahap google kate kau ade kanser. :p 

tanye google sape suruh! 

Abes cerita.


Belumm. Belummm abes. 

Ibu dah banyak kali buat pesanan tanpa penaja. "Minum susu minum susu minum susuuu kau degil kenapa. Kurang vitamin. Kurang nom air. Kurang rehat. Jangan sampai kurang siuman lepas baca statement kat google. Boleh gila!. Mengarut". Masalahnya google yang kate bukan aku!.




No comments :