Thursday, March 12, 2015

PASSWORD.


Ni cerita aku. Aku tak tahu la orang lain ade masalah dengan aku atau tidak. Seumur aku 27 tahun ni, aku ade lebih 20 password untuk di ingati sepanjang masa. Kata orang password  tak boleh save dalam phone, nanti phone kau ilang abes rahsia Negara kau tercermar. Maka aku simpan dalam diary. Diary pulak hilang tah kemana aku mencari tak jumpa. Kendian aku listkan balik satu persatu password dari personal password ke office password email, wifi dan berbagai bagai. Peti besi punya password pon. Eh pintu pon iya berpassword.


Dua hari lepas, aku boleh terlupee password pintu opis ni. Kau rasa?. Time kat office lama dulu, management memang ade verify card untuk setiap staf. Jadi kau tak usah nak mengambil kisah password pintu office tu. Selet je bukak. Selet je bukak.


Kat office ni tidak ya. Kau kena ingat password. Memang bos nak suruh kau merana sikit untuk menggingat. Kikiki. Ade dalam 5 kali jugak aku tekan satu persatu numbers kat situ. Argghh tensionnya. At the end aku tekan bell. Ehhh lupa ingatan la. Teruk betul perangai sekarang ni.


Lagi satu hal, aku nak beli tiket wayang by online. Tgv cinema. Nak tengok Focus. Kau tahu aku boleh terlupe password!. Ee tension la. Tak masal kene berbaris. Eee tak suka. Lama dah aku cari diary list password tu. Tak jumpeee…


Kes ketiga, tadi pergi bayar yuran uitm kat bank islam. Last minit baru nak bayar. Heee. Bank islam pulak kat UTC saner. Hoii aku bersabar je kalau kene pergi Bandar JB tu. Parking memang takde oke. Padahal awal pagi kot aku sampai jam 830 camtu. Parking full. Dua kali round tau. Aku syak dorang park kereta malam-malam kot. Hee. Kesudah aku park kat ZON DILARANG MELETAK KENDERAAN. Muahahaha. Aku rasa aku terel dan bangga bila dapat park kat zon yang macam ni. Kikikiki.


Masuk bank, isi borang sumer. Sampai kaunter, customer service tu pun Tanya ade tak buat perbankan internet (TAP) tu?. Aku cakap hado tapi tak guna. Pernah guna sekali je mintak topap. Tapi tak dapat. Lepastu tak guna sebab sampai sekarang ni tak ingat password die haper. TAP ni pon satu, password die sampai 2 kali. Means sekali masuk 4 digit kali kedua masuk 6 digit. Ibarat kena masuk 2 pintu baru boleh. Haa sape nak ingat banyak-banyak nombor. Aku ni dahlah blur bab ingat number. Lepastu CS tu nak tolong la kengkonon buat password baru. Aku pon oke la. Kali ni aku catit. Sekali CS mintak password lama untuk reset. Kau rasa?? Dah tentu-tentu aku tak ingat password lama, cemana nak bagi…hahaaa

Kesudah tiada password baru.


Pening palo oi nak ingat password. Kat office ni pun aku taip, print dan tampal atas meja segala bagai password berkaitan dengan office. Like email. Email je pon sampai 6! Pitam. Tu baru email. SMB Online 6 compny, PKK, myEG, GST, peti besi, pintu office, lagi ape ek. Ngee cepat tua la cam ni. Belum diri sendiri punya haa berapa banyak bank, uitm lagi. Ngeee stress stress stress. Walau macam mana pun aku tetap kena cari diary aku tu. Sape la yang rembat diary aku niii.. risau nya. Last aku letak kat bonet kereta. Takkan la si siva tukang cuci kereta tu? Ee aku bukan tulis dalam tamil poonn… pening ar.




No comments :