Friday, March 13, 2015

TONG GAS!

Hei olz..

Hari ni nak mengadu pasal tong gas. Dah empat tahun aku duduk kat rumah sewa ni, asal nak beli gas je mesti nak bergaduh ya. Bergaduh dengan orang kedai jual gas. Tidak lah bergaduh bertumbuk bagai hehehe. Aku je yang mengistilahkannya sebagai ‘gaduh’. Sebabnya dorang taknak hantar.


aku dah pergi 5 kedai, semua bagi alasan takde sape yang boleh hantar atau takde transport nak hantar. Hairan aku. Semua dah berkomplot taknak jual gas dengan aku ke haper. Heran tak heran tak.. semua kedai aku pergi bagi alasan macam tu. Ke memang suratan dan kebetulan?.  Selama empat tahun aku kat sini, baru lima kali aku beli gas ok. Dari tahun pertama sampai tahun keempat ni, mesti masalah gas!. Asal aku nak beli gas je mesti takde sape sudi hantar. Suratan dan kebetulan ke semua ni......katakann katakann katakanlahhh.. haha!



Punyalah aku stress pasal gas, siap tepon ibu mengadu. Ibu suruh aku bukak kedai gas sendiri. Kakakaka. Oke tak lawak. Agaknya jiran-jiran aku ni beli gas isi dalam botol kot. so, besok aku bawak botol minyak, beli gas. Agak dapat ke tidak?. Geram tau aku. Persatuan penjual gas daerah kluang kalau dengar cerita aku ni mesti simpati. Tergamak penjual gas jb buat aku macam ni. Aku sedar la dengan setong gas aku beli tu tak memberi effect pada ekonomi negara tapi agak-agak la, aku nak panaskan kuah tomyam belen semalam tu cemana. Tinggal 5 minit lagi oi nak basi. T_T 

No comments :