Thursday, July 9, 2015

TUKAR KAMPUS LAGI -_-!




Sapela yang suka, hati gembira kalau kene tukar kampus dari johor ke shah alam wei. Untuk kali keduanya. Getir perjalanan engko azi. Sem 1 di shah alam. Sem 2 di johor. Sem 3 di shah alam. Hergghhh
Tapi aku percaya terselit hikmah ape yang berlaku semua ni. muhasabah sikedd


Seminggu sebelum final exam ada perjumpaan dengan penolong pengarah ined uitm. Vavava siap meeting ko pasal bende ni. nampak macam serius. Memang serius pun. Agak tegang juga suasana meeting haritu. Takut pulak kalau di kenang balik.


sebab kena pindah is, tiada lecturer untuk kami. Lecturer yang boleh mengajar kod baru. Lecturer segamat semua dah pindah shah alam. So segamat dah takde kod program tu. Haa.


Tapi kenapa dorang still proceed juga pengambilan kami ni? Itu yang menjadi persoalannya. haaa pelik tak pelik tak..


Aku taknaklah burukkan mana-mana pihak. Anggap jela suratan ilahhi. Pihak uitm pon dah mintak mahap kat kami student ac220 (blending) yang hanya 13 ketul ni.

Kami di beri 3 pilihan.
 

  1.      sem depan pindah shah alam
  2.   Tukar program ke BM242 (Finance) 
  3.      Tarik diri. Yang ni pilihan paling kejam aku rase.

Apa yang aku perhatikan, dari riak muka kekawan. Sedih. Kecewa. Marah. Bengang. Rasa buang masa. Frust nonggeng. Gitu.

pindah shah alam. 

Semua tak sanggup. Aku paham. Sape yang sudi relakan diri bersusah payah pergi shah alam tu. Plus, cuti kat johor tak sama dengan shah alam. Kelas kat shah alam dah tentu sabtu dan ahad. Classmate aku tu rata-ratanya penjawat awam. Ahad kerjo. Paling banyak pon boleh ambil 3 subjek je ari sabtu tu. Tak termasuk subjek elektif or subjek yang takde final exam. Silap haribulan kena tambah semester. Banyak kene pikir bab ni.



Tukar program. 

Wow ni idea yang bernas juga. Sebab kod BM242 ni available dekat pasir gudang. So, kami di tawarkan tukar program. Separuh yuran akan dikembalikan janjinya. Kalau kami tukar program, kami tak perlu teruskan sesi pembelajaran subjek yang kami dah pun belajar bagai nak rak sem ni. contoh STA tak de dalam structure BM242. So, tak payah seat final exam untuk sem ni. LAW pon macam tu. Tapi macam tak bestla kan. baik dari awal-awal dulu dorang offer kat kita program ni. taklah rasa nak ngamuk.hehhee. hehe



Tarik diri. 

Woww. Aku kira agak kejam. Tapi pihak uitm dah takde pilihan lain kalau student tak setuju dengan 2 pilihan diatas. Tarik diri dan yuran akan dikembalikan. Vass. Masa ni suasana meeting jadi tegang. Haha. Terasala jugak macam dirini ibarat tikus makmal. Ceewah.



Yang aku tahu, lebih kurang separuh classmate aku pilih untuk tukar program. Sebab memang tak mampu nak travel. Plus kerja. Plus ade keluarga. Ade juga yang tarik diri. Ade yang berhenti. Ade yang ambil cuti khos. Tertekan barangkali. Yela sape pun mesti tertekan. 4 bulan kot bagi sehabis baik korbankan masa hujung minggu datang kelas. ade dari pontian, muar bagai. Bagi sehabis baik dalam kuiz, assigment, test etc. Tuptup jadi lagu ni hehehe.


Aku pun sedih jugak sebenarnya. Walaupun aku dari awalll pindah dah diberitahu koordinator yang barangkali kene pindah shah alam adalah tinggi. 


Gitulah kisahnya kenapa perlu pindah shah alam.



Aku masih lagi dalam delima. Shah alam or stay johor. Beratnya hati nak pergi shah alam wei. Aku boleh je travel macam sem 1 dulu. Tapi sekarang keadaan dah berubah. Ibu dah tak sihat sangat. Aku kalau boleh nak dok johor jeee. Ape-ape berlaku pun aku masih di johor. Taknak p memana. Wahhh bangsa johor sangat ni. nampak macam aku dah give je kan. tapi tak ye, aku meneruskan langkah tapi perjalanannya kini mungkin berbeza dari mase dulu tu. Allah tahu yang mana terbaik untuk aku dan keluarga. Aku percaya tentang tu. Stay strong azii!!!





1 comment :

Unknown said...

Azi,
You akan kembali ke shah alam ke? Or tukar course?