Tuesday, February 2, 2016

LEPASKAN AKU!.


Haritukan aku borak dengan bff aku. Lama tak borak dari hati ke hati. Tehehehe. Die nak kawen dah bulan 5 ni. tetibe je rasa lonely nya idup. -_-


Cembese la asal jumpe mesti die tanya aku dah ade boifren ke, tak tingin ke nak kawen. Gila ko tak tingin. Dah aku bilang azam tahun baru aku nak kawen tahun ni muehehee. Dah tu aku takot pulak nak wujudkan hubungan yang serius ntah kenape la pangai aku ni. masuk kali ni, dah dua kali aku kecewakan lelaki bhahahaha. Aku rasa ni balasan la sebab aku memain. Eh bukanla memain. Cuma aku mintak tunggu. So kenela tunggu masanya akan tiba. Tapi belum tiba lagi masanya kau dah jalan dulu. Nak buat macam mana, itu bukan hal aku bukan hal aku. Mintak mahap melerett tetibe.


Aku rasa aku ni trauma la. Eh silap! aku cakap  dengan bff aku, aku kene sumpahan lol!.
 Lupa nak google aku dalam kelompok pobia mana. Haha.

Trauma nak wujudkan hubungan serius. Tak tahula nape. Asal orang tu nak serius je mesti aku rasa macam nak tinggalkan die. Kahkahkahh sedorla nampak macam kejam. Memang kejam pun. Aku tak tahula kenapa. Aku rasa aku kene pergi berubat ni. lol


Asal cakap hubungan serius je terus dada aku berdebar-debar rasa nak gugur rasa nak lari je. rasa nak marah-marah, rasa nak menerajang je. tak tahu kenep penyakit sawan aku ni tetibe menyerang bila orang cakap nak serius-serius dengan aku. Ate cemana nak kawen nyee. Parah betul penyakit aku ni. kene buat hypnosis aku ni barangkali.


Aku pun ngadula dengan bff aku dari hati ke hati. Kenapa aku jadi lagu tu. Bff aku ni kira pakor juga la dalam hal nasehat menasehati aku rajen gak mintak nasehat die. 20 tahun berkawan tu. Hehee


Setelah menceritakan masaloh ni, Bff aku pun buat lah keputusan. Die cakapkan aku kene lepaskan. I is what?. Lepaskan ape ye. Blur konon-konon. 'kau mungkin ade simpan sedikit harapan pada seseorang'. OMG. Cemana die tahu ni. bhahaha. merah padam muka. Konon-konon la nak belakon cakap je TIDAK. Lepastu yes mengakula. Adelah sikit. Betul-betul sikit je perasaan macam tu dekat seseorang. Susah memang nak lepaskan. Samada aku atau dia yang taknak lepaskan. Aku boleh je lepaskan perasaan tu tapi die tu kene lepaskan aku kene tinggalkan semuanyaaaa, kena lupakan aku, jangan ingat langsung pasal aku. Cewahh nak salahkan die pulak. Herm. Mesti kene salahkan die sebab die selalu menghantui hidup aku. Dah bertahun ni berlalu masihla wujud dalam mimpi aku. Orang kate kalau kita mimpi orang tu, orang tu ingatkan kite. Haa Nampak tak permainan die. Aku tak pikir langsung pasal die adalah dalam dua tahun aku cuba lupakan die. Aku redho je semua ni. lepastu die tetap juga muncul di setiap malam ku. Silakan muntah. :p


Walaupun ada masa die tak datang dalam mimpi, nanti aku tetibe je jadi rindu lepastu ase nak tampar pipi tolongla berpijak dibumi yang nyata. Tak mungkin la kami akan bersama. Tsk sangat! Aku jadi bedosanye ade perasaan macam tu walhal aku sedang dalam mewujudkan hubungan dengan orang lain. Aku pun tak suka hati jadi berbelah bagi. Aku kawan dengan orang lain tapi hati dekat dia. Itu kejam sangat. itu benar-benar drama melayu!. Jadi dikesempatan ini aku menyeru kau insan yang menghantui hidup aku, supaya tinggalkanla aku lepaskanla semuanya mengenai kita. Sebab kita tak mungkin akan bersatu. Takkan aku nak tunggu kau sampai gigi ranap. Sampai kepala putih. Aku pun layak la untuk bahagia. Bahagia yang aku cipta sendiri yang penting bukan dengan kau. Sekian monolog episode 1.



Lepas dengar nasihat bff aku tu, Aku kene belajar untuk menerima yang ada didepan mata!. Aku patut menghargai apa yang ada kat depan mata!. 


kau layak untuk BAHAGIA azi!




1 comment :

Mekja said...

Betul! Akak layak utk bahagia sbb akak selalu bantu sy:)) jwb soalan2 yg sy tanya. Akak baik, jd akak kena LEPASKAN dan kejar BAHAGIA itu.

Oh lepaskan, lepaskanlah..... Oh lepaskan, lepaskanlah..... Hahaha, menyanyi pulak dkt sini.

Hi Kak Azi. Hihihi

Sy dah wasap bgtao dah follow sini. Opsss