Thursday, April 21, 2016

SHORT POST!.

Hye hello..


Alhamdulillah akhir bulan ni selamat aku behenti kerja. Perasaan mestila perasan bagus, bongkak, riak dan takabur. Muahaha. Dah tentula perasaan separa sedih uolz. 5 tahun 5 bulan jugak aku bertapa kat sini. Dah lettew takde sebarang hak istimewa malah dianak tirikan lagi hado. Sebijik macam cerita bawang putih bawang merah atau filem omputehnye Cinderella. Yang tak sama part putera raja tu belum timbul selamatkan aku. Dari aku tunggu putera raja datang menyelamatkan aku, adalah lebih baik aku selamatkan diri aku sendiri. Kekekeke


Bila aku list down ape yang best sepanjang aku kerja sini.. hermm banyak jugak yang DULU best. SEKARANG dah tak best aku syak boss aku dah kene gigitan vampire la. Tu pasal die pon berubah jadi vampire. Kahkahkahkah. Well boss is always right!. Kalau kau rasa dah tak boleh terima cara boss kau, elok benti jek cari boss baru. Kalau boss baru kau serupa juga boss lama, benti lagi sampai kau memutuskan jadi boss kepada diri sendiri. Paham maksud aku? Yeeaahh bisness ahh sendiri. Besok kau jadi boss janganlah ikut perangai boss-boss-boss kau yang kene jangkitan zombie tu. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran, yang elok kita ikut yang buruk kita kentutkan je k!


2 minggu ni aku bizi buat kerja sekolah, terperanjat tetibe asgment melambak. Lepastu minggu ni ade test mandarin (ujian membaca dan menjawab soalan melalui teks). Alhamdulillah aku dah boleh ah sebut beberapa potong ayat dan paham jugakla amenda teks tu cakap. Hehehe. Terus je update resume  ‘boleh menguasai mandarin tahap 1’. Kahkahkahkakahh baru semalam aku update tau! nampak tak perasan nak mampus minah ni. sakit usus aku!


Ape lagi nak story yea.


Takde ape lagi la… okla baii! Happy working guys!




No comments :