Friday, November 29, 2013

BAWANG MERAH BISTRO, ADDA HEIGHT JB

hello,


semalam tak rancang pun nak makan kat luar. tapi entah tetibe nak try restoran baru bukak kat Adda Height tu. selalu lalu je tak de hati nak singgah. bulan lepas, officemate gtau menu-menu kat Bawang Merah Bistro tu sedap. before ni ada kat Larkin. skrang da berpindah ke Adda Height. fyi, bangunan kedai kat Adda Height adalah baharu. dulu mase baru-baru nak 'idup' area situ semak samun. lepas di dirikan bangunan baru la macam 'idup' sikit kawasan tu. kawasan perumahan kat Adda height pon boleh tahan exclusive. pling dekat dengan jalan besar Villa Sky tak silap aku.


memula nak ajak member tu try makan kat Restoran Belanga Satu. sebab makanan kat Belangga Satu memang superb sedap. aku banyak kali makan kat Restoran Belangga Satu cawangan Taman Daya. so kekonon nak try la kat cawangan baru dorang. sekarang tengah promotion Mee Udang. macam sedap. macam best je. lepastu kansel last minit sebab takdir telah membawa kami ke Bawang Merah Bistro ni. hehe




kredit gambar : foursquare.com


kalau korang dari Tol Kempas. exit Bandar Dato' Onn. turun je exit tu ---> traffic light Bukit Mutiara ----> terus ----> belok kanan -----> bulatan pukul 3 (kanan) -----> terus dalam 4 minit dah nampak dah bangunan kedai kat Adda Height tu. tak berapa nak jauh dari kuil.


kalau dari Taman Daya lagi senang. sekejapan dah sampai. terus belok terus terus terus belok. kikikiki



aku pilih nak duduk bahagian dalam. lagi pun kat luar gerimis panas. bahayo...decorasi cantik. bersih. ade telivisyen luar dan dalam. toilet kat dalam. lelaki dan perempuan campur. ada tandas duduk dan cangkung. hehee


ruang yang belakang tu buat air. 


yang sebelahnya bahagian masak-masak secara live. dah siap, 'ting-ting' nanti waitress datang angkot. huhuhu. oleh sebab aku datang ni belum ramai, maka tak berapa nak lama la tunggu. 


otak-otak pun hado. tapi macam belom masak sangat. bedal je la 2 batang. kikikii


nescafe kurang manis. 


nasi goreng ayam dengan air barli panas. sedap katenye. 


tak payah nak terkejut sangat. aku makan nasi semalam. kikikii 


sotong goreng tepung boleh makan bedua dengan member tu.


dan asam pedas ikan pari claypot juga boleh di makan dua tau tiga orang. 

menu kat sini ada nasi ayam bermacam jenis nasi ayam, ikan bakar, asam pedas ayam, asam pedas ikan merah ikan sembilang ikan pari ikan kembung tapi tak semua ikan ade. mase aku datang ni yang ada cume ikan pari dan ikan merah. baru nak makan ikan sembilang.... :( . rasa asam pedas ok la..



overall, 
makanan/menu : 7/10 bintang
restoran/decoration : 9/10

jumlah keseluruhan : RM 28.60



BAWANG MERAH BISTRO
JALAN ADDA UTAMA,
ADDA HEIGHT,
JOHOR BAHRU, JOHOR


No comments :