Wednesday, January 20, 2016

PJJ/PLK LIFE : JADUAL SEMINAR VOL.2


Salam semua.


Alhamdulillah setelah 4 minggu bertarung nyawa untuk final exam akhirnya tamat jugak. Dalam pada aku tengah struggle jawab exam time tu juga la ramai emel dan wasep tanya memacam. Aku mintak maaf sangat-sangat kalau aku reply lambat ke, jawab macam x menjawab soalan ke. Ketahuilah penyeksaan final tu macam mana punya hazab.


Ramai tanya jadual seminar yang aku update last time tak clear. Yeke tak clear. Aku baca Sembilan puluh kali kot. Aku paham je. Ape yang susah beno nak mahamnye. Haha. Ok ta takk tak marah la Cuma pelik gak celah mana yang tak clear tu. Kekeke. Oleh Sebab aku dah janji nak update hari ni maka aku update lagi sekali la pasal jadual seminar tu dengan menggunakan bahasa ringkas dan bahasa mudah paham. puas jugak aku cari idea nak kasi lebih mudah paham. Mungkin yang lepas tu aku guna bahasa tinggi. Heeee


Kelas sabtu dan ahad bagi Negeri Selangor. Iaitu di UiTM Shah Alam. Kalau korang rasa nak kelas hari sabtu sahaja. Maka sabtu jela kelas korang. Kalau nak hari ahad. Maka ahad lah. Kalau nak sabtu DAN ahad maka kelas sabtu dan ahad la getew. Boleh ke pilih hari suka-suka? Boleh je. Sebab kita yang bina jadual sendiri. nama pun flexible learning kan. So Ok je. Kita part time bukan full time takla strict sangat korang jangan risaula. Ok jee.


Kelas sabtu sahaja untuk Negeri Johor macam aku ni. Negeri-negeri lain aku tak tahu. Sebab aku pernah pergi 2 negeri ni je untuk pjj.

untuk menjawab soalan Suhaila dan Wani.
kelas 2 minggu sekali je. Maksudnya bergilir. memang susah nak jawab soalan sebulan berapa kali kelas. sebab jadual seminar ni kira ikut minggu.

Sabtu ahad minggu petama ada kelas.
sabtu ahad minggu kedua takda kelas.
Sabtu ahad minggu ketiga ada kelas.
Sabtu ahad minggu keempat takde kelas. Ok jelas tak macam ni. untuk Negeri Johor, buang ahad tu. Sebab kelas Cuma hari sabtu sahaja. Dan waktu kelas bermula jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang. Satu hari punya kelas ni dapat la 4 subjek.



kat sini aku letak  balik jadual seminar tu.

contoh bulan oktober, tarikh sabtu dan ahad

minggu pertama 3&4hb = ade kelas

minggu kedua 10&11hb = takde kelas

minggu ketiga 17&18hb = ade kelas

minggu keempat 24&25hb = takde kelas

minggu kelima 31hb dan 1/11 = ade kelas


nampak tak 2 minggu sekali kelas. ke ade bahasa lain ek. bahasa yang aku guna ni macam tu la. aku tak tahula kalau ade bahasa lain.


jadual atau tarikh seminar ni biasanya coordinator la yang kasi memang dah keluar sesiap untuk kita rujuk. sebarang perubahan tertakluk pada pihak ined@uitm. selama aku 3 semester ni mcam nila rupa kekdahnya jadual seminar tu.


Ade juga yang tanya apa beza e-PJJ dan PLK. Aku macam dah beritahu dulu kot. Ke takde ek. Tengok aku pun dah ilang ingatan. Hehehe.



PJJ dan PLK sama je cara belajar. Dulu aku pernah dengar juga e-PJJ ni kelas waktu abes keja. Ye ke? Tu aku tak sure la. Sebab sekarang ni 2015 mode pengajian aku e-PJJ. dulu tahun 2014 mode pengajian aku PLK. Lepas tukar couse dari ACC ke Finance, mode pon terus bertukar.


korang tak payah la pikir sangat e-pjj ke plk ke, yang penting Cara belajar e-PJJ ke PLK semua sama je. Lain pula cara belajar secara consultancy. Cara consultancy ni korang tak payah tahu dulu la kang pening pale. Haha. Buat masa ni korang tak terlibat belajar secara consultancy heeee.


Yang penting datang masa hari pendaftaran nanti. akan ade orentasi la lebih kurang untuk jelaskan kat korang style belajar tu cemana. Jangan risau laa aku risau kalau korang risau. Semua akan ok pecayalah. Kalau korang menghadapi saat-saat sukar share je la dengan aku kita kongsi bersama k. setiap orang pengalaman berbeza-beza. fighting!!

xoxo



4 comments :

muhammad amiruddien said...

Assalamualikum...

Saya nak tumpang promote website...

http://felda.ml

http://bit.ly/17lBrz5


Terima kasih...

irbika said...

Salam azie... sy nak mintabpandangan sikit tntang pc course yg azie amik ni boleh... fb sy irra irbika. boleh dptkan fb azie?

irbika said...

Salam azie... sy nak mintabpandangan sikit tntang pc course yg azie amik ni boleh... fb sy irra irbika. boleh dptkan fb azie?

azi nur said...

salam irra boley tak emel sy 88azinur@gmail.com
sy tak aktif fb. sori.