Monday, August 15, 2016

RESEPI : KETAM TELOQ SAMBAL HIJO


 Dalam femly aku ni, asal ketam je kene masak lomak. Tak paham aku nape. Kalau dibuat masak sup macam derhaka siap tunggu untuk di sumpah. Hahahahaa.

Tapi aku persetankan semua itu. Nak jugak try masak lain.


Untuk 5 ekor ketam

2 biji Bawang besar
3 ulas Bawang putih
Lada kecil kampung
Lada besar hijau
Halia
Serai
Ikan bilis
Air asam
Garam
Gula
Kunyit serbuk
3 biji  telur ayam

Nisbahnye ko agak-agak je macam acah-acah terel :p. Aku tak guna bahan yang takde kat dapo ko. Semua bahan kat atas tu mestila hado kann??


Ketam tu belah ah dua nampak banyak sikit ekekeke. Lepastu lumur dengan kunyit serbuk cap adabi kalau boleh. Takut pakai cap lain nanti kekok. bhahaha ok serius!. Perapkan kejap sementara sediakan bahan tumis.

Dalam blander –bawang besar, bawang kecil, lada, halia dan ikan bilis. Rahsia sedapnye adalah ikan bilis. Take note tu. Hehee

Tumis dengan minyak. Titikkan serai dua batang. Agak dah kering, naik bau, pecah minyak masuk air asam, optional asam keping ke extrak asam jawa. Perasakan dengan garam sikit dan gula sikit. Semua sikit-sikit je. Sebab ketam dah manis. Kalau boleh jangan hilangkan rasa hero die tu. Bahan rahsia kedua, Pecahkan 3 bijik telur ayam. Agak dah setengah masak, masukkan ketam yang dah diperap dengan kunyit serbuk tu. Gaul sebati. Tutup kuali dalam 3 minit cemtu. SIAP!!


Perghhh sedappp!



Selamat mencuba........


No comments :