Tuesday, October 25, 2016

PJJ/PLK LIFE : STYLE BELAJAR!

hai hello...


aku suka share macam mana style aku belaja supaya dapat memberi cebisan inspirasi kepada korang semua. kemain ayat macam layakk je. heee



ok harini aku nak share cemana aku buat notes selain aku mengguna pakai mind maps aku jugak mempraktikan buat latihan dan nota semasa dalam kelas means sewaktu sesi pembelajaran dengan lect.



kalau dulu la sem 1 ke 2 aku suka salin balik lepas kelas. maksudnya bila kat kelas note aku tak berapa nak sempurna. campur je aduk satu buka nota tu sekali harung sebab nanti balik baru nak buat proper notes. ok, pjj tokleh cemtu. aku kene pantas dan cepat takde mase nak pikir buat kerja dua kali.



now, aku dah ade style baru. beli buka nota setiap satu subjek. kekadang satu buku nota tu aku bahagi dua bahagian untuk dua subjek. aku rasa kekdah ni sangat sempurna takla notes yang selama dahulu tu hilang ke, conteng tah mana-mana lepastu ape yang lect cakap or suruh buat mesti tak ingat atau carik-carik tak jumppe. haha.



dah part 5 ni ha baru nampak kekdah cemni lagi praktikal. haha kesion! semakin lama kite menuntut dan bergaul dengan rakan-rakan sekelas semakin banyak idea dan inspirasi untuk kite menambahbaik kaedah atau style belajar secara PJJ. seingat aku dulu diploma memang la setiap subjek ade buku nota sendiri. tu lainnn.. mase diploma memang lect ajo sebijik sebijik satu persatu memang adela kau mase nak salin. ni zaman Uni pulak tu PJJ kau hengat ado mase nak bersantai-santai. nak bercakap dengan member sebelah pon takde kesempatan tau. semua laju. imagine 3-4 bab satu seminar. haaa amekk. nak sangat PJJ kan hahahahha. eh PJJ best tau!



buku latihan 200 muka surat ni aku beli satu bundle. mase dapat baucer buku haritu beli banyak mampu pakai 3 - 4 sem jugak ni. buku latihan tu aku dah pakai sem lepas. ade lagi kosong so boleh lagi guna. just letak stiker kat atas tu untuk nampak die subs station la kononnye. ekekeke





so, korang style cemana. aku suka baca or dengar style orang belajar!

5 comments :

Unknown said...

Salam akk boleh tak kalau akk share nota2 akaun

azi nur said...

unfortunately, semua notes dah takde dik. akak skrg da tukar kos BM242. sorry..

Unknown said...

Salam akak, saya bakal student BM242(finance). Saya tak boleh nak imagine lg macam mana life pjj boleh akak bagi tips sikit? Kawan pun takde lg huhu

azi nur said...

jangan risau Farah, memula takda kawan lama-lama ramai kawan. tebalkan muka untuk berkawan. nanti senang nak contact kalau ade hal-hal berkaitan pelajaran.. gud luck!

Unknown said...

Hi kak saya tunggu result untuk BM242 ATAU BM244, entry akak ni banyak bagi saya tips bersedia. hm saya takut!