Friday, November 27, 2015

PJJ/PLK LIFE : BAYAR YURAN GUNA KWSP (AKAUN 2) -PERMOHONAN KALI PERTAMA

hai guyss..gemorningg


apakah. morning nye. haha

okes nak update lelaju ni. since ramai gila wasep , emel cane nak bayar yuran guna kwsp. ok hakak kau ni buat la satu entry khos senang la uolz nak bace. nak reply nak forward sesatu pon tak koser sebenarnya. memandangkan minggu ni minggu disaster sket. tu nantila aku cerita.


hari ni nak jawab soalan :

cemana nak bayar yuran guna kwsp ni kakak? helpp 

ianya tidaklah secara direct yang aku buat. aku bayar dulu guna duit kocek yang tak berapa nak hader ni :p. lepastu resit kasi simpan. lepas 24 jam proses kita bayar tu nanti dekat e-kwsp akan keluar la mengatakan kita dah bayar yuran tu dekat bank siap ade nombor slip bank semua. lepastu generate (jana) lejer tu. katmana pulak lejer tu sis? hehe. dekat i-student portal ---> Student Financial Services (FinEportal)


ape document yang perlu dibawa ke KWSP kakak?

1. surat  tawaran belajar yang kat emel tu print out je. sebab memang takde original surat pon dari ined uitm :p

2. salinan asal resit bayaran yuran yang kaler kuning tu

3. borang pengeluaran kwsp untuk pengajian (boleh mintak di kaunter kwsp seluruh negeri)

4. lejer pelajar juga boleh di dapati di i-student portal

5. untuk tambahan, print sesiap penyata kwsp korang

ok tu je bendenya. sebenarnya ikut pada pegawai kat kaunter tu. kadang aneh-aneh gak yang dorang mintak hehehe

kali petama pergi. die mintak surat pengesah tukar kos. which means aku kan tukar kos. 

kali kedua pergi. ewahh taknak dah surat pengesahan kos tu. tapi die suruh sahkan semua document yang aku bawak tu tu. i is stress!. 

aku cakap kali petama pergi nape tak gitau kene sahkan document ni etc etc. ewahh betapa berani kakak kau ni. haha. oke lepastu, die panggil pegawai besar sket kot dari die. tak ingat nama siapa. pegawai tu tengok-tengok cek, buat tu buat ni bincang-bincang, ok DITERIMA. 

kakak pon urut dade. kakak tadah tangan bersyukur kehadrat illahi kakak tak perlu datang kwsp lagi bahahaha. kakak ni dahla nyampah pergi bandar tu nak-nak menara kwsp. hazab takde parkingnye. jalan sempit. sesak dade kakak tau. lagipun kakak kau ni tokleh pergi bandar nanti tak jumpe jalan balik lol. merayappp. duit abes. miahahaha

ok tutup cerita tu. dalam masa 21 hari akan dikreditkan dalam akaun uolz. so uolz boleyla topap balik duit kocek uolz tu. aku ni pesen tokleh duit kocek luak sikit. bhaahaha. padahal same jeww duit tu dalam akaun kite iye dop. cuma susah ahh nak bawak keluar p joli. 

aku dapat dalam 5 hari gitu. cepat jugak la. esaited dapat sms dari kwsp cakap duit dah di kreditkan. vass sangat terus cek akaun. terus rasa macam ongkaya. :p

yang penting!

1. kene bagi resit bayaran bank islam tu yang asal ye dan tidak lebih dari satu tahun. means, kalau tahun ni 2014 kau nak claim tahun 2013 punya yuran (januari) memang dapat kaki la.

2. surat pengesahan pertukaran kos haruslah beri yang asal siap tandatangan yang asal dari ined sirik. khos untuk permohonan kali kedua (yang tukar kos sahaja)

3. makesure duit dalam akaun 2 korang cukup la nak refund tu. kalau korang nak claim 4k. makesure dalam akaun 2 cukup. tak kurang. jangan over mintak, hakikat duit takde hihihi

4. sabar dan tabah haha. kadang kau kene pergi 2 kali sebab ade je bende yang dorang  nak tu kononnye takde. arini lain, esok lain. elok kau tulis je nama person incharge tu. haha kejam tak aku punya idea.


ade orang banyak duit taknak keluar kwsp, hekeleh ok jee. aku cerita untuk yang kurang berkemampuan. duit tu mungkin boleh buat bayar roadtax ke etc. memandangkan kos sara hidup yang amareka sangat ni. pfftt

aku bawak keluar tak lain dan tak bukan adalah untuk membeli iphone 6+. oke tipu. aku saje je bawak keluar tengok reti tak buat bende ni. lol.


ok sekian untuk masa ini, untuk soalan ini, dan untuk jawapan ini. lain-lain soalan kakak cubaa dan terus mencuba sebaik mungkin untuk jawab. macehh korang!



1 comment :

nas sss said...

assalamualaikum. nak tanye akaun 2 epf tu syarat minimum berapa utk apply pjj ni? contoh kalau yuran sampai tmat pengajian 6k tapi dlm akaun 2 ade 3k je boleh ke?