Thursday, August 11, 2016

PJJ/PLK LIFE : QNA PJJ

Hai hello...


sebelum aku memulakan entry baru ni, ingin aku memetik beberapa kata-kata yang telah aku karang malam tadik. :p


segala content PJJ/PLK life adalah mengenai kehidupan aku sebagai pelajar SEPARUH MASA. walaupun macam dah banyak kali aku mention hehehe takpe aku beritahu banyak kali. kadang tu dapat emel untuk tanya mengenai procedure full time. hakak kau ni tak geti nak jawab. full time dan part time adalah berbeza ya die punya procedure. kalau full time student memang sebena-benanya diuruskan oleh pihak UITM sendiri. kalau part time student ni diuruskan oleh ined UiTM. bangunan pentadbiran pon lain dik. dah tentu lain maciam la ken. ekekeke. perkara yang boleh di SAMA-KAN part time dan full time student ni hanyalah sukatan pelajaran dan lecturers. takde istilah ko dak sepenuh masa belajo A kite separuh masa belajo A+. non hado ya. semua sukatan pelajaran adalah sama.


so harini aku rajin la screen shoot curious question dari beberapa reader yang memang sememangnya penuh dengan kemusyiklan mengenai belajar PJJ ni. untuk makluman, aku dah pun reply emel mereka cuma nak tepek sini la kekadang dapat soalan yang sama dan mungkin ade segelintir kat luar sana pon tertanya-tanya soalan yang sama cuma pendam resah di dalam jiwa je tak mampu nak di lontarkan ekekekeke. hoii panjang membebel!




antara soalan yang KERAP aku dapat ialah mengenai pertukaran kampus. baik dari partime student mahupun full time. macam yang aku beritahu before ni aku memang tak boleh menjawab soalan dari full time student k. so sad!


kalau ikut pengalaman aku dulu, aku tukar kampus masa semester dua. dari shah alam ke johor. perkara pertama kita kene cek untuk tukar kampus ni, tempat yang kita nak tukar kampus (kampus baru) tu ada tak course yang di tawarkan. kalau ada cek lagi subjek apa yang mereka akan tawarkan untuk semester depan. takut nanti dah dapat tukar tapi subjeknya ko dah ambil masa kat kampus lama. ade sesetengah kampus pulak, mereka dah tak tawarkan code course lama, semua code course baru. still jugak ko tak boleh tukar kampus sebab code course ko lama tak match la dengan code course yang baru. perkara tukar kampus ni ko kene pikir helok-helok baik-baik diam-diam rapat-rapat siasat menyiasat dengan coordinator kampus. once ko dah tukar but cannot move on dengan sukatan pelajar kampus baru kau kene cuti pulak satu semester mungkin kau kene cuti sampai code course yang kau belum ambil baru ditawarkan. see, bazir masa kan?. kalau nak tukar balik ke kampus lama. dari kampus baru nak ke kampus lama balik. haaa ni yang leceh dan perkara yang orang ined malas nak layan hahaha. aku pernah ngelami perkara macam ni, nak tukar balik kampus lama hahaha siap becakap dengan penolong pengarah masetu. kene buat rayuan untuk tukar balik kampus. aku pernah cerita dulu. malas nak cerita lagik. nanti entry makan doplas muka surat ko jugak yang boring. :p

jadi untuk menjawab soalan adik diatas, aku nasihatkan untuk pergi daftar dulu di hari pendaftaran. once dah sah jadi student boleh la buat permohonan tukar kampus. kat situ ramai gils staff ined boleh usulkan soalan tu. manalah tahu kat situ terus dapat tukar, isi borang kat situ dan terus hantar. mudah bukan?







mase dapat emel ni aku dapat rasakan semangat yang berkobar-kobar dari adik ni. tahnia!. :))
bagi aku semua course dekat Uni tu susah. kalau senang dorang tak buat sijil, diploma, ijazah dan seterusnya. ekekeke. untuk menjawab perbezaan course Account dengan Finance...

accounts ni mase diploma oke lagi boleh bawak. time degree botak kepale tau hahaha. walaupun aku merasa jawab paper FAR untuk satu sem jek. tapi seriously memang susah nak mamti. gile ke ape satu soalan makan 4-6 muka surat!. hahahaha. even kekawan aku yang ambil FAR pon cakap memang killer. tu baru FAR belum yang lain ekekekeke. TAPI!! jangan khuatir. IQ seseorang bebeza-beza. aku ramai je kawan yang takde basic account tapi bila diploma ambil account die dulu yang menonjol hebat dan setiap sem dapat Anugerah Ketua Jabatan (Poli) atau nama lain Dean List (Uni). aku yang ade basic account mase diploma agakla tecungak jugak. masa degree lemas terus ekekeke. mungkin faktor masa? kurang study? faktor IQ yang lembs kah? faktor kurang belajar dalam kelas sebab seminar hanya 7 kali satu semester? atau boleh dikatakan faktor pemakanan yang menyebabkan sel-sel otak tak berkembang? mehehehee. tapi aku percaya orang yang kuat semangat bebetul minat yang mendalam macam adik ni mesti boleh buat! ok stop cerita course account.

finance pulak. aku memang takde basic dalam finance. cuma harapkan basic diploma account yang hanya boleh digunakan dalam beberapa percent untuk di jadikan input dalam finance. finance is totally difference dengan account. kalau orang accout tu kerja die buat accout statment etc. financer ni pulak tugas die menganalisa penyata akaun yang dibuat oleh accountant. financer akan sediakan budgeting statement untuk first, second, third quarter. buat statment of cash flaw. inventory management, cash management. macam buat satu kertas kerja yang besar untuk pilih which are the best ever whether in project who can gain higher profit els. contoh, untuk pilih projek mana atau 'idea' mana yang boleh bawak untung pada company tu yang jadi tugas financer buat analisa yang besar bergantung pada statement of account yang pihak accountant buat. dari statement account tu kita boleh tengok weakness and strong compny tu untuk bayar die punya payable, shareholder, asset liquidity, apa akan jadi untuk sekian-sekian tempoh kalau kite proceed dengan projek A/B/C  etc. eh paham ke tak ko. hahahaha macam meraban. pokoknye kan finance ni tak juga mudah dan tak jugak susah. kalau nak suruh aku pilih account atau finance. aku pilih finance sebab mudah secoet dari account. tak semua bende mudah dalam dunia ni. heeeee



vavavaaa ni bakal junior aku ni ekekekeke. semoga kita berjuma di UiTM PG!.

subjek untuk satu sem ye. oke kat sini banyak jawapan. kalau jawapan mudahnya yes! satu semester 4 subjek seperti yang telah ditetapkan oleh NFU. kalau nak drop apa-apa subjek yang telah ditetapkan oleh NFU sila maklumkan dahulu pada NFU takut nanti die kecewa dan sedih berpanjangan hehehehe. NFU best! ewah siap puji!

kalau anda rajin, boleh download course outline di website ined atau kalau korang dah boleh log-in istudent boleh cek dekat situ course outline. sumua subjek dalam course outline tu wajibul ambil kecuali korang dalam PC. subjek yang dapat PC tak perlu ambil lagi. rasanya NFU sudah sedia maklumkan pada korang. betul tak? kalau korang still jugak tak tahu ape subjek yang korang dapat PC...kene contact sendiri dengan NFU.

untuk jawapan yang susah. ekekekee.
kalau korang rasa korang tak boleh ambil 4 subjek. macam berat ke ape takleh bawak ah senang cerita, boleh contact NFU or ur coordinator kampus untuk maklumkan kat mereka yang korang nak drop 1 ke 2 subjek. nak ambil 2 subjek je satu semester. yang penting komukasi korang dengan coordinator kene hader. jangan pandai-pandai adjust sendiri. biasanya kampus yang bukan Induk macam Shah Alam tu ada masalah dari segi pembagiaan subjek. setiap sem mereka tak tawaran code course yang sama. kadang ade yang sama kadang tak sama kadang tu code dah dilupuskan macam ELC400 sem lepas last. lecturer yang mengajar juga menjadi masalah sebab TAK semua lecturer nak mengajar kita yang part time ni. berbeza macam induk iaitu di Shah Alam. korang boleh pilih sendiri nak ambil subjek FIN jam berapa. dua hari (sabtu dan ahad) ade banyak je masa untuk di pilih. macam pernah aku cakap dulu, korang boleh bina jadual sendiri untuk di induk. kalau kampus luar induk korang kene peka dengan jadual yang dah dibina oleh coordinator kampus korang.

oh ye! sem 1 dulu aku ambil 5 subjek. wakakaka telajak rajen. nasib baik semua oke. bila pindah pasir gudang ni kene ikut jadual NFU. mudah kerja. tak payah pikir sesusah nak ambil ape. hahaha dasarrr betul!.



baru semester 4 nak masuk semester 5! ekeke jauh lagi perjalanan. jangka masa belajar.. hermmm aku paling susah nak jawab soalan ni sebab kan tak menentu. let say la di mudahkan, korang tengok course outline korang ade  berapa semester. kendian bahagi. setahun ade 2 semester. kalau total 11 semester bermakna, 5 1/2 tahun. kalau ikut sebenar course outline tu la.

kalau nak derhaka tak nak ikut course outline, korang plan sendiri nak ambil subjek sikit satu semester, atau nak cuti satu semester korang pepandai anjak-anjak kan tempoh masa tu. faham tak korang. yang penting korang kene tengok course outline---tolak PC haa baru dapat tempoh pengajian berapa. nak ikut surat tawaran 8 tahun die tulis situ wakakakaka nape tak letak 10 tahun je. kekeke. NFU pon cakap anggaran sahaja takde yang sebena.

soalan ketiga tu. ekekeke. iolz pon dah poli tau. PMM lagi kau *mata keatas*
politeknik ke, kolej ke uni ke sama je still jugak dapat PC cuma banyak dengan tak banyak jek.

yang sebab tak dapat PC ialah ko tukar course degree. macam aku diploma account--degree finance memang tak merasala ko PC. ekekekeke. kalau dapat seketul jek itu pun Tamadun Islam. syukurrrr dapat jugak. hehehe

kalau diploma account---degree account woii banyak dapat PC cuma tak sebanyak dak-dak diploma UiTM ahh. ekekeke. mase aku sem 1 dulu dapatla 8 subjek. eh yeke. tapi banyakla jugak malas nak tengok entry lama. yang aku ingat, marketing, law, lagi ape ekk...dapatla yang penting. mesti ko suka kann. ekekekeke


tak dik, dah 2 tahun kat pasir gudang haha.

bagus niat nak sambung tau! aku sangat-sangat-sangat happy kalau ade niat nak sambung tu. bagus untuk diri sendiri tahu, banyak benefit. u will love all the ilmu yang u dapat. rasa macam wow pandai sangat pale hahahaha. ok mencecehh.

kelas aku ramai je yang lepasan STPM ambil degree finance ke account ke. ramai. dari segi belajar..herm aku pernah dengar gak dorang merungut cakap susah sket nak catch up. dorang rasa kosong dan tak de idea langsung. kesian kan. tapi aku rasa semua tu semangat. semangat kita kene betul-betul kuat. niat kene padu. insyallah ade je kawan-kawan sekeliling akan bantu kita. aku sendiri pon membantu jugak. lain kene datang dari diri sendiri juga. ade pengalaman ke takde insyallah niat untuk belajar tu Allah mudahkan. menuntut ilmu sejenis jihad bukan?


oke soalan seterusnya. lebih kurang soalan tadi. UiTM PG takde course AC220 (blended learning). course AC220 course code lama still ade. tapi uolz dah boleh masuk sebab sekarang AC code untuk code baru sahaja. senang cakap dorang nak abeskan saki baki code lama. hehehe. lecturer AC yang dulu di import dari segamat pon dah takde. semua kene pindah tempat lain. kasihankan. jadi sekarang sesiapa dari Johor nak ambil course AC220 kene la pergi shah alam atau carila kampus lain macam Melaka ke N9 ke kotla ade dekat sikit dari shah alam tu. heeee

diploma dari UiTM macam yang pernah aku beritahu kat atas tadi. serious banyak jugak PC dorang dapat ade dalam 10 ke 12 subjek ek. tak ingat kawan aku tu dulu dapat berapa. even dak dip account UiTM tukar course ke finance still jugak dapat PC banyak. jeles ke tidok??? tu la sape suruh masuk politeknik wakakaka padan muka aku. :p
cara nak kira tempoh pengajian sama seperti yang telah di ceritakan diatas-

oke last untuk harini. melecet dah kelengkang aku. :p nak tebako bontot. ni bukan entry draft ye ni. taip terus publish jam ni jugakk mane tak kengkang aku. bhahahaha

PJJ ni banyakkkk sangat dugaan dan halangan. korang mesti kene kuat semangat!. aku sedih kalau ade yang buat separuh jalan sebab aku pesen kalau dah mula kene kasi habiss! alang-alang berjuang kene dapatkan hasil! ewahh. walau susah mana onak ranjau duri segala racun insyallah boleh diatas dengan cara yang paling terbaik!.


sebab tu aku sarankan kene buat time management dengan betul!. nak sambung belajar bukan untuk seat class and seat final exam. no ya. kau kene serahkan diri kau sepenuh penuhnya untuk PJJ. pernah jugak aku beritahu, nak PJJ kau terpaksa jadi ulat buku. walau macam mana stress kat tempat kerja, asignment mesti kene submit, quiz or test mesti ke seat!. kalau boleh carry mark mesti kene buat betul-betul sebab dekat CM je yang boleh bantu kita.


mase aku kerja kat ofice lama kekangan nak pergi kelas tu mesti ada. sebab kelas hari sabtu dan sabtu tu jugak aku kerja. so terpaksala aku tebalkan muka nak cuti. walaupon bos kekadang cakap tak kesah tapi kita tak tahu deep lubuk hati die cemana. kekekeke. mase aku kat shah alam dulu. asal ade kelas mesti jumaat aku cuti, sebab nak berangkat ke shah alam kan. dah la tu cuti sampai dua hari. kekeke. still jugak kene tebalkan muka. jadi aku dah tambah satu lagi ayat untuk PJJ.

PJJ jiwa kita padu. jadi ulat buku. bermuka tebal. teheheee. dah macam slogan kata!


okla korang harap dapatlah menjawab soalan-soalan yang mendatangkan kemusykilan mengenai PJJ. ade banyak je soalan-soalan aku dapat nanti bila-bila aku share lagi oke!. cuma kalau boleh la mintak jasa baik korang bace dulu entry aku yang lepas-lepas sebelum menanyakan soalan. kadang ade je jawapan kat entry aku yang lepas-lepas tu. ni mesti malas kan nak carik. samala macam aku kaki malas manjang hahaha.


thanks for reading this long-long-long entry! ekekekee


13 comments :

Unknown said...

kak. nak tnya satu sem brapa kali seminar ?

azi nur said...

satu semester ade berapa kali seminar?

ikut subjek. ade subjek yang 5 kali seminar ade yang 7 kali. biasanya yang 5 kali seminar utk subjek teori. manakala 7 kali seminar untuk subjek calculation.

sophie said...

Boleh drag subjek kan

Unknown said...

nak tanya boleh ke buat pjj kalau tak bekerja lagi? lepasan diploma....

Unknown said...

Assalamualaikum, saya nak tanya .. saya first time masuk pjj ni .. pastu tamak amik subject banyak2 then boleh ke saya drop subject last minit ?

azi nur said...

leya : kalau ikutkan syarat minima setahun bekerja. tapi ikut pada kampus gak ada yang die longgarkan syarat. pekerja freelance pon ramai yg buat partime study.

maizatul : boleh drop kene rujuk pada koordinator dan kalendar akademik. ada tarikh2 penting yang awak kena ingat..kalau dah nak final baru nak drop tu memang takleh la. tak silap saya seminggu selepas masuk kelas.. ni tak sure boleh rujuk kalendar akademik k..

Unknown said...

hi, nak tanya. saya dah dapat sambung degree sepenuh masa di uitm. tapi saya dalam masa yang sama, dah juga bekerja. jadi saya nak buat pertukaran daripada sepenuh masa kepada separuh masa. boleh ke ya? kalau boleh, boleh bagitahu cara2? Sama ada saya perlu call dan pihak sana uruskan atau saya perlu apply online sama mcm permohonan baru ya?

Unknown said...

Hai.. maaf mencelah .. sebelum ni pun saya fulltime degree tapi sebab da dapat kerja .. jadi saya tukar pjj .. boleh je nak tukar .. awak maklumkan dekan. cara nak tukar .nanti ada borang and surat sokongan yg awak kena buat . nanti da settle dengan uitm .. terus daftar dengan pihak ined.. dan akan kenakan rm100 utk pendaftaran dengan pihak ined..sebab utk pjj .. memang ined yang amik alih .. walaupun kite belajar under uitm .. tapi yuran dia jadi mahal sikit ..satu credit hour=Rm100.. tak macam fulltime .. dan masa dia pun akan jadi lama ..

anonymous said...

hai...salam admin...saya akan habis diploma dan bercadang nak ambil degree in finance tapi buat part time. Orang cakap, finance kalau part time nanti, takut tak boleh follow . Betul ke? lagi satu, lebih recommend plk ke pjj?

greenteaice said...

Assalamualaikum. Nak tanya , kalau baru diploma semester 2 , boleh ke nak tukar pjj ? kalau boleh , kena pergi hea mintak borang ape ye? tq :)

Atikah said...

Sy skrg baru lepas register diploma office,pjj lah.. Berapa subject ye untuk sem 1 ni.

Asma said...

Salam nak tanya..skrg sy pjj student di uitm dah sem 5. Boleh x kalu sy nak tukar ke fulltime?sbb sy ingat nak cepat hbs.

Unknown said...

Assalam nak tanya... Boleh tak ya kalau peljar sepenuh masa nak tukar pengajian jarak jauh ni?