Thursday, January 5, 2017

DAH MULA EXAM KETTEW?.

hai korang..


ade yang dah start exam tak?
aku harini first paper. QMT 425. ade yang sama??
so cemana soalan sem ni? ok tak?
bhahaha. tanya sendiri jawapan sendiri :/


hah! ningdia...fresh from oven. baru keluar exam hall 3 jam yang lepas. ekekeke. baru 3 jam dah keroyok abih. :p

soalan QMT sem ni nak kata senang? boleh la dikatakan senang. sebab paper december ni selalunya la kan senang. berbeza paper jun. agak susah sikit. mudah-mudahkan paper seterusnya mudah lah. cuma yang tak best soalan NO. 5 PART B hekeleh betul tetibe je keluar soalan queueing method. ermmmm tibai je la tadi. kalau ikutkan soalan 6 sem lepas takde keluar queueing  method ni. boleh pulek sem ni die nak keluarkan. but okla satu je soalan yang aku blur. Ewah kemain satu soalan je blurrr bahahaha. Semua soalan ekceli boleh la jawab cuma tak tahula jawapan betul ke tak. Kang ade pulak yang cakap aku kerekk, over confident. Ko tak tahu… aku sedang memujuk hati.. :p


3 jam jawab tak cukup engko. 3 soalan terakhir tu memang teruk gila tulisan tapi masih boleh di baca. jadual pon tak buat elok-elok pakai pembaris. Laju-laju-laju kira crash time dengan variance macam orang gila. lepastu buat yang critical path tu lagi sedap. free hand je buat kotak-kotak. hahaha. ah persetankanla semua tu. Yang penting jawapan dan effort tu ade muehehe. dah selamat hantar pun. lega gila paper QMT ni dah selesai. aku ni bukan suka paper mengira-mengira ni. boleh gempa bumi kalau stress belajar hahaha. siap buat study group dengan lecturer. gigih kan!. kene la gigih ko. kat kelas paham gitu-gitu jela. balik kene belajar sendiri. Ws lecturer kalau tak paham. kadang tu macam banyak je nak tanya. tapi tu la soalan yang nak di tanya pon tak tahu amende. ekekeke


eh okla. banyak membebel. lagi 2 paper je lagi. mujur TMC takde final. tinggal ELC dan MGT. banyak nak ngapal woii mgt.


selamat menduduki peperiksaan uolz!




No comments :