Wednesday, February 17, 2016

CERITA SUBJEK SEM LEPAS.



Hari ni rajen sikit buat auto publish. Last Saturday korang dah mendaftar intake mac ni ye. Jumaat malam sabtu tu ade sorang reader call tanya macam-macam.  Punyala gabra ye. Kesian korang. Tapi takpe aku ingat dulu kali pertama aku daftar pon aku kemkabut lagi sedih tak tahu nak rujuk kat sape. Sebab takde sape sudi reply emel kite mase tu haha. Untung ya korang dapat aku kakak yang baik lagi mesra alam ni kikikiki.

Macam sem lepas aku ceritakan mengenai subjek yang aku ambil. Sebab nak share dengan korang subjek tu perihalnya apa. Bagi pencerahan kat korang. Kalau korang google sesatu code subjek tu memang la tak de yang nak cerita. Aku je telajak rajen sebab aku tahu betapa musykil dan betapa tertanya-tanyanye aku mengenai subjek tu. Macam aneh bunyi ayat tu.

Sem lepas seperti yang sedia maklom aku dah tukar course dari ACC ke Finance. Aku clear dah Finance ni cemana rupa die. Finance ni kalau korang nak tahu lebih kepada analysis. Misalnya, accountant buat account, financer ni buat analisa keatas penyata tu samada untuk project financing in a year atau in future. Estimate keuntungan masa akan datang, factoring, dan macam-macam lagi yang bakal aku belajar.

Untuk sem lepas aku ambil subjek FIN426, MGT538, ACC406, CTU555. First semester dalam course finance, belajar mengenai banking system. banking system ni besaaaaar dan serabut sangat kepala otak boleh keluar jambul. Itu nanti aku akan ceritakan. Sekarang ni kita cerita subjek yang takla dikatakan senang, tak juga susah. Ini semua mainan takdir. Kalau dapat soalan senang, pejam mate je jawab.


CTU555 –MALAYSIAN HISTORY

Subjek ni mengenai sejarah Malaysia. Ye sejarah. Ko jangan tanya kenapa ade subjek sejarah. Kelas ni ustazah ayang ajar. Lect okla. Boley la. Ewah macam tak iklos jek. Haha. Ok. Kita akan belajar dari zaman sebelum merdeka, zaman Malayan union, zaman umno sampai ke PKR, PAS, ROKET, mengenai perlembangaan malaysia pon kene belajar, gugusan 1Malaysia, agama-agama di Malaysia, sekolah vernikular, zaman british pon ade disentuh siap semua ade.

Kelas ni bermula dengan pembahagian kumpulan dan tajuk presentation. Konsepnya belajar dari kawan-kawan anda. Hehehe. Semua tahukan subjek membaca nak-nak sejarah ni. ayomaa tolonglaa bosan dan mengantuk ya amat. Tapi aku suka satu kumpulan ni, laki bini askor. Ko tengokla slide p.p die alamakkk dasat sangat siap tepek lencana askor. Mantop dengan garisan hayat dari zaman british sampai zaman UMNO sesatunya group yang buat aku tak menguap dengan kerap. Segar mata tengok betapa hebatnya presentation dari encik dan puan askor. Korang kene cari ahli kumpulan yang kerja askor baru tahu cemana hasil kerja askor ni. seratus bintang aku bagi. Laki bini kerja askor pulok kat kelante. Hebat ke tidokk dari Kelantan ke johor untuk pjj. Baru ni baru dapat pindah kem kat kluang. Kita up lagi namratus bintang. Ahaha


Ok banyak dah merepek kat atas tu.


Seminggu ke 2 3 hari sebelum final exam subjek ctu ni, boley pulak ustazah bagitahu format baru. Hekeleh betul. Soalan objektif dari 30 pilihan jawapan, di pendekkan 20 soalan. Lepastu bahagian B soalan KBAT. Getew. Kemahiran berfikir aras tinggi. Aku sampai sekarang ingat soalan die ape. Serius aras tinggi sampai aku tak tahu nak merepek aku kat situ sampai makan 2 muka surat matilanak kalau tak menjawab soalan. Malas aku gitau soalan ape. Nanti korang nebes. Kekekeke. Bahagian C baru ade pilihan jawab 2 dari 3 soalan. Okla tak berapa susah. Oh lupa beritahu, semua paper CTU satu-satunya dalam BM. Paper lain mintak maap semua bahasa London. Jangan pulak tanya aku boleh je jawab paper lain selain CTU dalam BM, tu mesti dah lupa rasa kaki macam mana kan. Paper dalam BI harusla jawab dalam BI. Garang betul kakak kau ni kan. teehehehee




MGT538 –PERSONAL DEVELOPMENT AND ETHICS

Ni paper personal ethic. How to develop self-esteem, self improvement, how to overcome shyness, etc. ala pasal personal development kita hari-hari cane nak overcome nak buat decision semua tu. Boleh goreng ikut logic. hasil study 6 semester punya paper, okla tak susah soalan die banyak logic akal pikir sendiri. Pendek kata 80% aku boleh jawab dengan menggunakan teknik menggoreng. Tiba sem aku, boleh pulak keluar soalan teori buku teks.


Hekeleh betul. Satu kelas takleh jawab dengan aman. Semua gelisah. Ramai gak keluar awal. Lepastu balik terus baca group wasep mesti ade yang complain kat lect. Tepat ah sangkaan aku. Semua dok complain sebab soalan aneh. Keluar bab yang tak diajar. Lect siap cakap saya pon tak perasan bab tu tak diajar. Lect siap complain orang yang buat soalan tu punyala nak sedapkan hati kami semua. Boleh pulak ye gituw? Masa memula kelas kami memang tak diberi subject outline tu jadi memang tak tahu amende kejadah bab setiap bab. Tak tahu mana bab 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 semua tu sebab lect jenis bagi lompang-lompang dah nak final baru melambak notes bagi. Aku ni siap gigih beli buku kat Harris walaupun takde buku yang sepatutnya ikut subjek tu. Tapi terpaksala cari bahan bacaan sendiri. Subjek ni kira tak sangka betul aku tak mampu jawab dengan baik. Dahla tu, bab yang tak diajar tu keluar dekat bahagia A iaitu soalan wajeb jawab. Meranalaa nakk. Tengok result nanti cemana rupa. Elak repeat je la. Teringat assignment group kene buat short drama. Semua stress. Kesian faizal kene edit drama tak semena-mena. Punya stress si faizal tu sampai wassap kiteorang pun die tak reply terlalu stress die kate. Lawak betul. Die cerita balik je kerja terus edit video dengan tak mandi tak ape. Dah la tu kerja tengah banyak kat opis. Hahaha kesian pulak bila dikenang. Kami pompuan ni memang serah jela kat die dengan alasan die IMAM. Bhahahaha. Takpe faizal lepasni mesti jadi kenangan terindah. :p




ACC406 –INTERMEDIATE FINANCIAL ACCOUNTING AND REPORTING

Suka paper ni sebab basic account jek. Masa balajar form 4-5 ni la bende yang akan dibelajar balik. Ape maksud asset, liability, revenue, equity, lepastu belajar buat journal, specialized journal, buat SOPL, SOFP ha macam belajar mase sekolah kan? Diploma pon ade belajar ni. Sila score subjek ni sebab kacang kopek jek. Masa final, SOFP aku balance ok aku rasa nak lompat bintang. Siap belagak dengan member sebelah. Hahha. Kesian member aku ade yang keliru, tak balance. Sehingga ke saat terakhir dok tekan-tekan calculator tu. Aku gtau la dorang balance tak semesti betul yang penting kita rekod tu ha betul tak masuknya sebab takde markah untuk balance ye tolong jangan over azi. Kakaka




FIN426 –BANKING OPERATION AND DOCUMENTATION

Hermm ni la yang aku cakap tadi susah serabot otak. Sape yang kerja sector banking terel ni sebab memang berkaitan dengan bank, documentation and operation banking etc. Nasib baik faizal kawan aku tu kerja bank. Ape yang aku tak paham aku wasep die suruh die jelas pakai bahasa mudah paham. Part A belajar pasal sejarah bank. Lepastu kene tahu financial system dengan non financial system dari commercial bank, Islamic bank, investment bank, etc etc. part B masuklah banking documentation contoh loan dan anak beranak beliau, standing institution, remittance, factoring, leasing etc etc. banyak nak kojol. Belajar jugak financial market iaitu capital market, foreign market (FOREX) eh banyakla yang penting. Sape ambil subjek ni dengan zero knowledge pasal banking system wajeb buat notes awal-awal. Sebab seriously banyakkkkkkk nak kene faham dan ingat. Banyangkanla buku teks sampai 3 bijik. Bab asgmnt lagi best, kene bukak sebijik bank dengan menggunakan elemen-elemen yang tersebut. Lupa aku elemennye ape siap A3 poster yang harus menampilkan elemen WOW!. Yang penting kau memang kene tabah.


Begitula serba sedikit ringkasan subjek yang aku ambil sem lepas bolehla korang imagine. Aku cerita dasyat dasyat bukanla nak takotkan korang pon. Maklomla aku kan kuat drama cerita kene real jek. Kekeke barula tak bosan idup ni. tetibe.


Aku rasa sem ni aku kurang buang masa. Banyak study sebab banyak subjek kene ambil. Sem lepas dua subjek je okla boleh chilax. Sem ni study beria-ria-ria sebab aku ngeri tengok subjek-subjek diatas tu. Banyak kene hafal. Bukan takat kene hafal, kene faham dengan sungguh sungguh supaya bila menggoreng tu nampakla bijak sikit. Kelas pon 5/7 kali je bayangkanla betapa hebatnya kita ni sebagai student PJJ. salute!!


Insyallah sem depan akan berjumpa dengan subjek-subjek baru. Dan insyallah aku akan terus share pengalaman ini sehingga Berjaya. Sesame kita doa k!



UPDATE 03/03/2016

alhamdulillah tak sangka sem ni dean list lagi! yuhuu. walaupun turun banyak berbanding sem lepas. but okla janji lepas je sebenarnya. soo wish list checked!! nak jugak share result kat sini buat semangat dan kenangan abadi. ecewahhh!



see, cecukup je untuk dean list. gigil kaki lepas subuh tengok result. alhamdulillah Allah perkenan doaku. syukur. bertarung next sem pula k!



9 comments :

Unknown said...

sis, ad soft copy tak nota utk fin426, mohon emel ke zul.blackman93@gmail.com

tq

azi nur said...

fin 426 pakai buku teks. xde soft copy...

Aina said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

alamak, noti baru sampai tahun ni.. haha.. takpelah, dh lepas dah pon subjek ni..

Unknown said...

Salam. nak minta ajar subjek acc406 boleh? lemah jantung belajr subjek ni sebab tkde basic langsung.

Unknown said...

Salam sis ada soft copy untuk Acc 406 tak??

Unknown said...

Sis ada note acc406

NUR said...

Salam. Sis ada soft copy utk acc406? Tlg emailkan dkt nuriezzah99@gmail.com. dannn tau tak mana nak dpt buku teks terpakai ?

Unknown said...

salam..
sy nk mnta tlong sikit.. blh wsap no sy x.. 01126149575