Friday, March 18, 2016

RESEPI : IKAN SALMON MASAK ASAM

Hai lama tak share resipi.


Dari minggu lepas aku teringin nak makan salmon. Semalam baru masak. Kemain kat office pikir nak masak ape ye salmon memula nak goreng je. lepastu tekak terasa nak makan kari. So lets masak kari.



Sampai rumah menu bertukar sudah. Masak je la asam rebus. Google kat internet mintak resepi. Ade ke patut keluar salmon asam pedas. Hekeleh betul. So lets la try buat resepi sendiri. Ekekeke



Sebenarnye resepi sape tah. Aku selalu jugak masak tapi pakai ikan siakap or ikan tenggiri. Kira ni first time jugak aku buat salmon masak asam. Wow sangat ni. tak sangka pandai dan berani mencuba aku ni hahaha. Kalau tak sedap macam rugi pulak sebab salmon ken mahal. Ase tak patut pulak tetibe tak menjadi. bisik kat hati takpe kalau taksedap paksa telan!



Membebel je sampai makan 3 perenggan. Ok jom tengok bahan-bahan yang tersangat mudah. Jangan risau resepi aku takde yang menggunakan bahan pepelik. Tengok membebel lagi.



Bahan-bahan untuk sekeping salmon :-

1 biji bawang besar. optional bawang Holland
1 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit *kalau tak suka takpayah letak. aku suka sebab nak kuah kaler kuning kekekeke
4 batang lada merah besar
2 batang cili padi pedas
Asam keeping/asam gelugur/asam adabi

Semua bahan diatas hendaklah di potong halus-halus.



Tumis semua bahan yang siap di potong tu. Lada je masuk last. 
Tumis sampai garing dan berbau sangat harum. 
Masukkan air asam ikut suka nak masam parat mana ah. 
Tunggu mendidih baru masuk lelada. 
Sudukan garam secukup rasa. 
Tunggu didih. 
Dengan lafaz bismillah masukkan ikan salmon yang dah siap dicuci. tutup kuali.
Tunggu sampai ikan masak. Ikan salmon ni masak tak la lama sangat. Dalam 15 minit dah oke la tu.




Tadaaa… sedappp nyumss! Licin ni aku makan sorang. :p

Korang kene try sebab sedap. Lepastu lain dari yang lain rasa masam manis lemak semua hado.


selamat mencuba!!





3 comments :

c.t aloyah said...

Sedep sgt kah selmon ni...ok la..mcm nk try..nmpk x skodeng blok ko..kurang keje..kah!..ok bai

azi nur said...

Woww beliau sudah ade belogg kahh

azi nur said...

Woww beliau sudah ade belogg kahh