Tuesday, April 15, 2014

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE PART 3

hai hai.

hari ni nak sambung part makan, part tempat solat dan lain-lain. hope ini entry terakhir. mihmihmihh


kalau korang berjalan di negara asing. of course korang tertanye-tanye pasal mana nak cari makanan halal, tempat solat macam surau ke mesjid ke. kan kankan. oleh sebab singapore ni sebelah je pon dengan mesia plus penduduk kat sana pon ramai je yang muslim. so, senang la nak cari makanan halal. macam kat USS ni pon ade je makanan halal tau uolz tempat solat pon ade.


RESTORAN HALAL

Setiap bandar yang kite pergi tu ada restoran. Tapi tak semua halal. Kat maps tu ada tunjuk kat bab Dining & Shopping Guide. kat situ ada beritahu kat mana makanan halal. Dekat Ancient Egypt fully halal. So, kiteroang makan kat situ je. Lagi satu aku lupe nak cakap! Oleh sebab aku pergi ni secara pakej, kami dapat kupon makanan 10$. So makanlah korang nak makan ape kat situ. Komunikasi dalam bahasa malay je pon. Sebab dorang pon pekerja indonesia hehehe. Asal nampak orang pakai tudung terus je die cakap ‘dari malaysia ya buk, mukanya macam orang malaysia.jangan khuatir buk, halal....’. :))


Selain kat Ancient Egypt, korang boleh pergi ke Hollywood kat situ menu Mel’s Drive-In die  macam buger, kentang goreng dengan milkshake halal. Starbuks, china bistro takde halal nye.


Kat Madagascar ada Satay and Tom Yam Gai yang halal. Kalau nak makan seafood, ice-cream (Friar’s), ayam dengan resepi istimewa (Goldilocks) dekat FAR FAR AWAY city. Yang lain-lain punya macam pizza, steaks, pasta etc semua la takde halal.






 macam-macam pesen menu hado kat sini. dari nasi sampai la ke sup. masalahnye ko boleh telan atau tidak je. hehe. hakak tak tertelan. tak tahu la nape. :p


TEMPAT SOLAT

Tempat solat pulak ada kat Ancient Egypt. *boleh tengok maps k* Kecik tapi sangat berguna bagi orang islam. Tempat lelaki dan perempuan berasingan. Dekat dalam bilik tu ada tempat wuduk, di sediakan telekung sepasang dan sejadah juga sehelai. Ramai memang ramai, tapi bersabar sebab semua pon sedang menunaikan kewajipan masing-masing. Alhamdulillah!



APA YANG KORANG PERLU TAHU

  1.  Kat sini tak susah nak cari toilet sebab toilet merata-rata. Hehe. Dont worry tandas cangkong ade satu je kat setiap restroom dan kat situ satu je yang ade air. Yang lain takdo nye. Dan mangkok tandas dorang bersipat automatic flush. Haaa sensor die kalau terkene air sikit cecepat je flush. Gituww. Pon nak cerita.
  2.  If korang tertinggal barang macam tali pinggang ke, cleaner takan ambil or letak tempat lain. Sebab dorang  last kemas masa nak tutup tu baru dorang buang or buat ape yang patut. Selagi ko tak datang ambil dorang tak akan ambil. Pelancong-pelancong pon tak bersipat mencuri. Dorang sangat baik. Tiada pencuri di uss. Hehehee.
  3.  Loker pulak ada kat New York city, Sci-Fi City, Ancient Egypt dan Lost World je.
  4. Merokok pon tak boleh merata-rata. Ada tempat-tempat yang di khoskan. Boleh rujuk map
  5.  Masalah barang hilang, baby care, guest service, first aid, ATM, payphone dan lain-lain semua boleh di setel kan dan terletak di kawasan Hollywood belah depan. Ha kat situ semua ade. Pokoknye sila baca maps tu elok-elok. Hehehee
  6. Kat singapore tak boleh makan chewing gum, masa kat imigresen hanya 12 batang rokok sahaja yang dibenarkan untuk bawak.


CARA UNTUK BERSERONOK

Ada cara untuk berseronok. Akan datang aku pon cuba untuk perbaiki diri sendiri supaya lebih seronok. Gituww...

  1. Jangan naik roller coaster masa perut penuh means lepas makan ke lepas minum teh tarik ke. kasihani penumpang yang lain hehee.
  2.  Bawa bekalan roti je lebih elok. Sebenarnya takdela lapar mane pon. Just untuk alas perut. Kalau perut penuh macam tak seronok nak bejalan/main. Mata pon jadi mengantuk dan malas. Hehe
  3. Tak payah pikir nak bawak duit banyak sangat. Sebab tambang bas pergi balik dah setel, kupon makan pon hado. Ko bukan boleh nak makan cikedis-cikedis kat situ tak tahu halal ke idok kan. 
  4. Tak payah sibuk nak ambil gambar sangat. Tangan tu tak payah doplopatjam pegang handphone or camera. Just enjoy ur day and your moment!!. :))
  5. pakai sport shoes je senang. tak pon pakai je kasut spesis rata tu. sebab agak memenatkan. aku nampak je orang paki heels. tapi macam tersekse gitu. kalau naik yang canopy flyer tu kasut kene tanggal. kalau tak orang bawah ko makan kasut. hahaa. 
  6. pakai seluar is better la. sebab banyak aktiviti yang 'kesana-kesini' kalau pakai skirt macam tak berape sesuai la naik roller coaster. ek?. aku tukar skirt mase dah nak balik.
  7. bawak power bank
  8. bawakla monopod sape yang suke selfie tu. aku bawak. banyakkk gambar selfie aku. masalahnye tak kan aku nak letak kat sini. hehehee. semua bermasalah ko ni aji!
  9. bawak air mineral botol kecik je takpe. sebab sepanjang jalan tu kita akan jumpe satu tempat untuk refill ayor. depan restroom tak silap aku. sedap je air beliau. tak payah was-was :)) 

SOUVENIR

Orang sekeliling tak tuntut pon souvenir dari kita. Cume elok la kalau kite ingat kat dorang kan. Kalau kawan-kawan tanye, takde ke cenderahati? Jawapannye macam ni “cukupla aku ingat ko kat uss tu, ibaratnya kite sedang berseronok bersama-sama”.. gituwww. Haha kijam.


Aku tak bawak duit banyak pon kat sana, ni ade lagi balance dalam 25$. Kat sana aku cume beli poskad. 
3 keping 2$ je uolz. Tu la yang paling murah bagi aku. Ehehhee. Aku penggumpul poskad tauuuu. Eh eh hh dulu aku aku menang poskad dari New Zealand erk?? tak silap aku dari blogger mane tah tak ingat. Mase tu masuk contest kenangan zaman sekolah. Hahaha tak sangke menang uolz. Iolz dulu aktif berblog. Ade tu dapat beg tangan wow! sangatkan. Sekarang je masuk usia senja ni agak malas. :p


Melalut lagi.


Adik aku beli Fridge Magnet untuk icebox ibu. Harga dalam 6/7/8$ cemtu. Kecik je. Lupe nak ambil gambo. Kiteorang kalau jalan-jalan negara orang memang suka beli fridge magnet , poskad atau key-chain tu je. Ha, lagi satu T-shirt yang ade tulisan SINGAPORE or BANDUNG or SABAH etc. Mase kakak aku pergi dulu tahun 2012 kakak aku banyak beli souvenir. Tu pasal kiteorang takde nak beli sangat pon. Mase tu kakak aku beli T-shirt untuk abah dan aku adik beradik sehelai tu 50$ kot maheii aku kedekot :p. Lagi beli pen bulu-bulu 5$ sebatang, key-chain banyakkk die beli kaler gold dengan silver tak ingat berapa $. kiteorang tak kisah pon kalau die tak belikan pape. bagilah die enjoy die punya travel. Tak payah bazir duit beli souvenir tok kiteorang. Ye tak?? Ehehee.



TAK PENAT? PUAS HATI?

Oii gila tak penat!. Ko bayangkan bejalan sikit punya jauh berbatu-batu merembes-rembes peluh kat tiak iolz tau. Haha. Tapi worth it!. Sangat seronok. Walaupon adik aku si nabel tu bejalan tak pakai kasut dah. Tapi tetap senyum puas. Tiada kata-kata seperti ini ; aku menyesallah tak naik...... ha, takde. Sebab sangattt puas hati. Cume!. satu je yang menjadi ketidak puasan hati cik nabel kite. Roller coaster yang besooooooo tu dah lama tutup. Ingat tak pasal kes pelancong jatuh mase naik roller coaster tu kat negara mana tah. Lepastu roller coaster seluruh dunia di tutup. Aku lega hati. Phewww selamat aku. Aku ngeri ooi.



gituww.. eleeehh tak la besar sangat ek??. tapi ade 2 line tu nampak? biru dan merah. sekali bertembung ko tak rase macam real ke. sememangnye real. :p


BERMALAM DI HARD ROCK HOTEL



Ni pengalaman kakak aku la. kakak aku tido kat Hard Rock Hotel ni satu malam je. Hard Rock Hotel ni berhadapan dengan pintu masuk uss tu. Ha dekat je. Oleh sebab syarikat tempat die kerja menaja tempat penginapan, maka die pon tak tahu berapa dollar untuk satu malam. Ehehe. Kakak aku kate best la tido kat situ seronok kemain lagi. Bab makan kat hotel tu die tak makan pon. Sebab was-was. So, makan buah-buah gituw. Die pon seludup roti banyak. Hehehee.


abes dah cerita. nanti kalau ade lagi yang tak diceritakan maka jadilah entry berantai. kahkahkah


corat-coret-tercirit gambar 



kalau kat malaysia tengah musim bunga ala-ala sakura tu, kat sane bunga candy. kikiki. lokasi : di perkarangan pintu masuk Uss.


orang tu tolong ambilkan gambar. tapi kok macam kene potong? redo je la.. 
btw, satu-satunya gambar yang memuatkan 5 beradik. tu pon kene paksa dengan aku. kalau tak.........tiada barang sekeping pun *tepek beso-beso* :ppp


 dalam transformers.. poyo semua ni. :x gambo begego pon di letaknye. gasakk.



adik lelaki bongsu. die ni la yang cakap kaki dah melecet. kahkahkahh :pp


eee adik aku ambil gambar cemane laaa. sah ko ni adik aku. :pp




Ancient Egypt



bende macam ni banyak kat tepi-tepi jalan setiap bandar. masalahnye ko nak beli dengan tidak tu je. hehee


06.45 petang camtu kiteorang dah turun bawah (parking). Duduk sambil tunggu bas datang. 07.45 camtu bas sampai. Keluar je dari parking, baru la nampak kesibukan bandar Singapore. sampai Tune Hotel jam 09.30 malam. sampai rumah jam 11.30 malam. sebab adik badik ni semua lapar so, makan dulu. ibu aku dah pesan, balik perut kasi kenyang sebab ibu aku tak masak. wakakaka ibu aku ponnn. balik terus mandi tidoq. esoknye kerja ok. iolz tak mohon cuti banyak sebab kerja banyak. take over kerja orang tengah cuti berpantang memang rasa macam 'hell'. masalahnye ko dah penah rasa 'hell' tu macam mane ke? hahaha. 


Ok, tata!



No comments :