Thursday, March 12, 2015

NAGA HITAM YANG TERAMAT BESAR!


Dah dua malam berlalu, tapi aku still tak boleh lupe mimpi naga itam tu. Hoii besar sangat naga tu. Jalan cerita mimpi tu masih segar bugar dalam pale. Salu bangun tidor lupe dah ape mimpi malam siap mengigau tah pape. Nasib baiknya sekarang ni Su dah pindah bilik Fara. Fara dah get out dari rumah. Mehehe, jadi sekarang aku aman sendirian di bilik sengsorang. Bukan aku halau Su oke. Su yang nak pindah sebab die bagi aku privesi untuk study sampai tetengah malam. Gittchu.


Eh cerita pasal mimpi naga. Ceritanya macam gini.
Dalam mimpi tu, aku sekeluarga pergi bercuti di satu resort yang gah semenggah hoi ongkaya je boleh duduk tempat cam ni. Selayakknya. Kalau menang roda impian ke lottery ke lain citer la. Sangat mewah mimpi aku malam tu. Siap dalam mimpi tu aku sedar semua tu adalah mimpi, dan aku berharap aku tak terjaga. Hahaha.


Aku tak sure aku pergi sana bercuti atau tidak. Sebab, ade sorang ni macam secretary ke ape kan macam citer ongkaya tu. Tunjuk ruang tamu, dapur, besaaarrr sangattt penat menapak. Sebab ruangnya besar. mewah. Kaler putih dan gold. Sampai part ke bilik aku, secretary  tu pon tunjuk la bilik aku yang sangat mewah. Aku terpandang kolam renang is kolam berkubang sendiri. Bentuknya bulat. Bersinar-sinar. Cantekk dan mewah terletak di sebelah pintu kaca bilik aku tu. Kahkahkah sape yang nak sedar dari mimpi kalau di hadap bende mewah camni. Dasar manusia sangat aku ni.


Lepastu dan setel tunjuk segenap ruang dalam rumah tu, aku dengan adik badik aku lepak dekat beranda. Kemain ade beranda sangat ni. Kikiki. Beranda tu kat belah luar. Mengadap kolam renang yang sangatttttt luas bak lautan. Memang sangat luas siap imagine macam kat klebang, melaka. Ramai jugak yang mandi manda kat situ. Kami adik beradik ni kengkonon nak tengok sunset. Kemain lagi kan. Memang Nampak matahari tu nak melabuhkan tirainya, adelah dalam suku bulatan, lepastu Nampak satu bende hitam besarrrrrrrr sangat separuh je . means kalau badan naga tu besar, ni Nampak separuh melengkung, kepalanya dalam air.




Aku pun panggil, Ibuuu

“ ibu tengokkk ada naga.”  Suara yang riang gembira!.

Tah kenapa masa Nampak naga tu aku sikit pun tak takot. Memang tak takut langsung macam bende biasa aku Nampak. Macam Nampak kucing kekdahnye tu. Aku dengan selamber, ambil kamera yang siap tergantung kat leher yang macam ala-ala pelancong tu :p, ambil gambar naga tu beralun-alun dan berombak-ombak dekat kolam tu. Makin lama makin dekat. Aku sikit pon tak berganjak. Lagi dekat, lagi banyak gambar aku tangkap. Then, tersedar.

Sedar-sedar je aku terus cek galeri phone. Alangkah tekejutttnya aku sebab takde sekeping pun gambar naga itam tu. Heeeeeheeee


Naga hitam besar lebar dan muka ganas tu. Badannya licin pulak maka ianya naga ke ular besar? tapi bermisai bermuka naga. Jadi ianya ular bermuka naga? Sumpahan dewa matahari gamaknya. Kehkehkehhhh

Huwaa kenapalah susah sangat nak lupakan mimpi ni!




hasil pencarian di google. kok tiada yang mirip mas joko?!

No comments :